Maybank perkenal pengaktifan Secure2u melalu mesin ATM

KUALA LUMPUR: Pelanggan Maybank yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain atau baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank di seluruh negara bermula 31 Oktober 2023.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, langkah tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan, di atas lima langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan yang dilaksanakan oleh pihak Bank pada Julai 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Datuk John Chong, berkata penggunaan pengaktifan Secure2u sendiri melalui ATM membolehkan pelanggan mengawal proses pengesahan perbankan dalam talian mereka dengan lebih baik, dengan pengesahan identiti secara fizikal di ATM.

“Ini akan meningkatkan pengawasan ke atas akaun mereka dan membantu melindungi wang mereka daripada penipuan. Kami juga telah menjadikan proses ini mudah dan ringkas, dengan mengambil kira pengalaman pelanggan.

“Untuk mendaftar Secure2u, pelanggan hanya perlu mengikuti dua langkah mudah – pertama, daftar Secure2u dalam aplikasi MAE, dan kedua, aktifkan Secure2u dengan nombor PIN kad debit, kredit, atau caj mereka di mana-mana daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara, mengikut keselesaan mereka.

“Selepas pengaktifan Secure2u melalui ATM, pelanggan boleh mula meluluskan transaksi selepas 12 jam. Untuk terus melindungi para pelanggan, tempoh bertenang mungkin berbeza setelah Bank mengkaji trend penipuan dan corak transaksi secara berterusan,” katanya.

Tambah beliau, langkah itu adalah penting dan bertindak sebagai lapisan tambahan untuk menghalang penipu, memastikan bahawa hanya pelanggan sahaja yang menjadi satu-satunya yang di benarkan meluluskan pendaftaran Secure2u mereka.

Dengan rangkaian ATM yang meluas di seluruh negara, Maybank menyediakan akses mudah kepada para pelanggan untuk melakukan pengaktifan Secure2u.

ATM Maybank beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan bertempat di lokasi strategik, seperti di cawangan, pusat perkhidmatan, serta di pusat beli- belah terpilih, stesen minyak, stesen kereta api, hospital, dan banyak lagi.

“Di Maybank, kami tetap teguh dalam usaha untuk melindungi keselamatan kewangan pelanggan kami daripada scammer dan mengambikira semua langkah yang ada untuk mengesan dan menyekat penipuan kewangan.

Selain daripada semakan berkala dan penambahbaikkan yang kami lakukan untuk mengukuhkan pertahanan sistem perbankan kami daripada scammer, kami juga memperluaskan perkongsian anti-penipuan kami ke dalam ekosistem kewangan yang lebih luas dan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, penyedia e-dompet dan agensi kerajaan untuk menghentikan scammer di semua tahap,” kata Chong.

Selain itu, pelanggan disarankan untuk mengikuti tiga peraturan kebersihan siber yang mudah, untuk melindungi diri daripada scammer:

  1. Jangan klik pada hiperpautan daripada sumber yang tidak diketahui
  2. Jangan memuat turun sebarang aplikasi dari mana-mana pautan, kecuali yang terdapat di gedung aplikasi rasmi; dan
  3. Jangan berkongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan sesiapa sahaja, termasuk rakan-rakan dan ahli keluarga
  • BH

Coelho

Related Posts

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

KUALA LUMPUR: Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah…

Ringgit cecah bawah RM4.10 sedolar AS, tertinggi dalam tiga tahun

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

  • October 4, 2024
CEO AirAsia Tony Fernandes dilantik sebagai adjung profesor di Universiti Malaya

IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

  • October 4, 2024
IGEM 2024 jangka jana potensi perniagaan RM4.8 bilion

Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

  • October 3, 2024
Polis beku 206 akaun bank bernilai RM1.35 juta milik GISBH

Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

  • October 3, 2024
Anuar Fariz Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC baharu – Pengerusi MDEC

MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

  • October 3, 2024
MMAG Holdings diklasifikasikan syarikat Nota Panduan 3 (GN3), mahu mohon pengecualian

Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia

  • October 2, 2024
Oracle labur lebih RM27 bilion dalam AI, pengkomputeran awan di Malaysia