CUEPACS gesa kerajaan segerakan penyelarasan gaji penjawat awam

  • News
  • December 15, 2023

KUALA LUMPUR: Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan segera penyelarasan gaji penjawat awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ia perly dilaksanakan lebih awal berbanding menunggu sehingga 2025 seperti yang ditetapkan melalui kajian di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Beliau berkata, kajian SSPA yang bermula Julai lalu dijangka dapat dimuktamadkan pada Oktober 2024, manakala pelaksanaannya hanya akan dibuat pada 2025.

Tambah beliau, tempoh itu terlalu lama dan kerajaan sewajarnya memberi keutamaan dalam isu ini.

“Ini kerana ia membabitkan isu kebajikan 1.6 juta penjawat awam yang sedang berkhidmat serta lebih 700,000 pesara kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited meneliti kajian SSPA secara mendalam, namun ia memerlukan sedikit masa.

Mengulas lanjut, Adnan berkata tempoh masa yang ditetapkan bagi pelaksanaan SSPA baharu pada 2025 juga tidak jelas dan bergantung sepenuhnya kepada situasi kewangan negara.

Tempoh itu juga terlalu lama dan wajar disegerakan bagi membantu penjawat awam serta pesara menghadapi kos sara hidup semasa.

Beliau menjelaskan tiada sebarang bentuk penyelarasan dan kenaikan gaji secara drastik diterima penjawat dalam lebih lebih sedekad.

“Situasi ini mengakibatkan ada penjawat awam dan pesara yang tertekan serta tidak mampu untuk menampung kos sara hidup yang sentiasa meningkat saban tahun terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

“Penjawat awam, ketika ini memerlukan sebuah sistem saraan baharu bagi membantu mereka berdepan dengan peningkatan kos sara hidup.

“Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan pada 2002 bagaikan kerangka ‘rumah lama’ yang sudah tidak sesuai dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Tiada gunanya jika kita mampu mencapai purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada 2025 seperti yang disasarkan melalu Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sekiranya nasib golongan pekerja bawahan dan menengah masih lagi terhimpit dengan kadar gaji di bawah paras kemiskinan,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat