Nai’mah ingatkan Anwar kuasa hanya sementara

  • News
  • January 23, 2024

KUALA LUMPUR: Toh Puan Nai’mah Khalid, mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kuasa hanyalah sementara dan akan ada pembalasan bagi mereka yang menyalahgunakannya.

Beliau berkata demikian selepas prosiding pendakwaan di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya katakan ini kepada anda, Anwar Ibrahim, bahawa kuasa adalah sementara dan selalu ada pembalasan bagi mereka yang menyalahgunakannya.

“Seperti yang sering anda petik dalam syair, Man, proud man. Drest in a little brief authority,” katanya.

Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, itu menegaskan pihaknya bakal membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak melakukan sebarang jenayah.

Sebaliknya beliau berkata, jenayah sebenar adalah plot yang terkoordinasi untuk mencemarkan reputasi suaminya dan melaksanakan balas dendam politik terhadap beliau dan keluarga.

“Jenayah sebenar adalah penggunaan kuasa negara untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk kebaikan rakyat.

“Jenayah sebenar adalah mengekang dan memanipulasi institusi kebangsaan kunci seperti SPRM dan AGC sebagai senjata dalam dendam politik.

“Jenayah sebenar adalah mengejar lawan politik anda dengan tuduhan yang direka sementara, sementara tuduhan rasuah terhadap kroni politik diabaikan, menyebabkan kemarahan seluruh negara,”katanya.

Malah tambah beliau, jenayah sebenar adalah mengejar dengan dendam bekas rival politik yang tidak mempunyai kuasa sekarang, dengan tuduhan tanpa asas, sementara ekonomi stagnan, reformasi ditinggalkan, dan negara terlantar.

Untuk rekod, Nai’mah, 67, dituduh dengan sengaja memberikan pernyataan bertulis bersumpah yang tidak memathi terma notis di bawah seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2009 [Akta 694] bertarikh 8 November 2023 iaitu tidak mengisytiharkan harta-harta.

Pertuduhan dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Na’imah walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Sementara itu, Nai’mah turut berterima kasih atas sokongan dan solidariti yang diterima daripada semua pihak.

“Saya terharu dengan sokongan yang kami terima dari orang ramai, banyak yang tidak dikenali oleh kami, kerana kebimbangan dan solidariti mereka sejak semalam ketika berita tersebar bahawa saya akan didakwa,” katanya.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta