TMC Life Science dedah punca gantung CEO untuk mudahkan proses disiplin

KUALA LUMPUR: TMC Life Sciences Bhd dedah penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob adalah bagi memudahkan proses disiplin dalaman berkaitan dengan beberapa tuduhan yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.

“Lembaga pengarah berpandangan bahawa berikutan proses disiplin yang sedang dibuat, hasilnya yang hanya akan ditentukan pada tarikh kemudian selain kerahsiaan berhubung tuduhan berkenaan, pendedahan segera fakta atau keadaan yang berkaitan penggantungan itu akan memberikan prejudis terhadap hasil proses disiplin,” katanya dalam maklum balas kepada penyataan dikemukakan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd.

Fakta perkara itu masih lagi boleh berubah-ubah dan pendedahan sewajarnya akan dibuat kelak, kata operator kemudahan penjagaan kesihatan swasta itu.

Menurut kumpulan itu, Wan Nadiah diberikan selama tujuh hari sehingga 5 Februari ini untuk menghantar jawapan bertulis kepada surat tunjuk sebab berkenaan.

“Jika beliau memerlukan lebih masa, Wan Nadiah akan diberikan tambahan tujuh hari untuk menghantar jawapan bertulisnya. Jika dihantar mengikut masa yang dibernarkan, jawapan bertulisnya kepada surat tunjuk sebab itu akan dipertimbangkan untuk menentukan sama ada tindakan selanjutnya proses disiplin adalah diperlukan,” tambahnya.

Lembaga Pengarah berkata, ia tidak dapat menganggarkan tempoh masa diperlukan untuk menyelesaikan perkara itu pada masa ini.

Dengan itu, Lembaga Pengarah memberikan jaminan kepada Bursa Malaysia Securities bahawa pengumuman selanjutnya akan dibuat pada masa yang sewajarnya.

“Lembaga Pengarah memberikan jaminan selanjutnya bahawa setiap langkah yang diambil adalah bagi menjamin kerahsian perkara ini dengan ketat,” katanya.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025