FamilyMart bakal tamatkan kerjasama dengan syraikat Israel

KUALA LUMPUR: Pemegang saham terbesar FamilyMart Co Ltd, Itochu Corporation akan menamatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Elbit Systems, sebuah syarikat pertahanan Israel.

FamilyMart Malaysia menerusi satu kenyataan berkata, ia menyedari mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di negara ini.

Ia berkata, pada Mac 2023, dilaporkan bahawa Itochu Aviation, iaitu syarikat kepada Itochu Corporation telah menandatangani MoU dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara itu.

“Kami dimaklumkan bahawa pada 5 Februari 2024 oleh FamilyMart Co Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU itu, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun.

“Keputusan itu dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini, termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di jalur Gaza.

“FamilyMart Malaysia mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan dan kami tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.

FamilyMart Malaysia dimiliki oleh Maxincome Resources Sdn Bhd, salah satu daripada anak syarikat QL Resources Bhd.

Maxincome Resources menjalin perjanjian selama 20 tahun bersama FamilyMart Co Ltd.

Kesemua perkhidmatan makanan dan pilihan sedia dimakan FamilyMart Malaysia dibuat hanya menggunakan bahan halal.

FamilyMart membuka cawangan pertamanya di Wisma Lim Foo Yong, Kuala Lumpur pada 11 November 2016.

Rangkaian kedai serbaneka itu menjadi popular kerana yang pertama menjual hidangan segar seperti oden dan aiskrim lembut.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat