Anak Bekas PM Mongolia Antara Penerima Dana SRC AS$15 Juta

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menerima wang daripada SRC BVI berjumlah AS$15 juta dan memindahkannya kepada beberapa individu terkemuka.

Pengarah Urusan Quantuma International, Angela Barkhouse melalui pernyataan saksinya berkata, syarikat Muraset Limited menerima dana tersebut pada 27 Disember 2011 dan AS$40,000 dipindahkan kepada Battushig Batbold iaitu anak lelaki bekas perdana menteri Mongolia, Sükhbaataryn Batbold.

Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.

“AS$4.5 juta dipindahkan kepada pengarah Muraset, Cheong Choo Young iaitu proksi Batbold (Battushig) manakala isterinya Kim Hak Seon menerima AS$1.4 juta. Namun perniagaan Muraset bagaimanapun tidak diketahui,” katanya.

Wanita itu berkata demikian semasa memberi keterangan secara dalam talian dari British Virgin Islands dalam kes saman AS$1.18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Barkhouse, saksi kedua SRC itu berkata, pada mulanya Muraset menerima dana daripada SRC BVI sebagai bayaran untuk tiga juta saham dalam Gobi Coal Energy Limited di Mongolia di mana Gobi Coal memegang hak ke atas dua lombong di Mongolia.

“Walaupun ini kelihatan sebagai transaksi yang dilakukan mengikut pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber, pemerolehan saham ini dijalankan tidak mengikut aturan yang wajar.

“Nampaknya pemindahan ke Muraset atau Gobi Coal itu kekurangan nilai komersial. Tiada asas bagi pembayaran ini dikenal pasti dan menunjukkan bahawa ini adalah mekanisme untuk mengalihkan dana kepunyaan SRC International,” kata Barkhouse.

Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman sivil dengan mendakwa Najib (defendan pertama) menyalahgunakan kuasanya dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana tersebut.

Selain Najib, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dinamakan sebagai defendan kedua.

SRC, yang juga anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, dalam writ saman mendakwa kesemua defendan bersubahat dan melakukan pecah amanah.

Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC juga menuntut deklarasi bahawa Najib bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Perbicaraan bersambung hari ini. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

  • July 13, 2026
Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

  • July 12, 2026
Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

  • July 12, 2026
BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

  • July 10, 2026
CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

  • July 10, 2026
Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

  • July 9, 2026
AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras