Isu HRD Corp: SPRM hadir ke KESUMA ambil dokumen berkaitan

  • Kes
  • July 9, 2024

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini hadir ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dipercayai bagi mengambil dokumen berkaitan isu HRD Corp.

Empat pegawai SPRM berkenaan tiba pada jam 11.20 pagi dengan hanya berpakaian biasa dan menaiki kenderaan tidak berlogo.

Selepas kira-kira sejam berada di bangunan KESUMA dipercayai bagi mengambil dokumen berkaitan isu HRD Corp, pegawai SPRM dilihat meninggalkan kementerian berkenaan pada jam 12.22 tengah hari tadi.

Mereka meninggalkan pekarangan bangunan KESUMA sambil membawa beberapa beg dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Difahamkan, anggota dan pegawai terbabit dipecahkan kepada dua pasukan dengan satu daripadanya ke tingkat 4 yang menempatkan Bahagian Pengambilan Pekerja Asing.

Manakala satu lagi ke tingkat 7 yang menempatkan Cawangan Kawal Selia dan Penguatkuasaan.

Ketika dihampiri media, seorang daripada pegawai terbabit memaklumkan tugas mereka belum selesai dan akan hadir lagi ke kementerian itu nanti.

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam LKAN 2/2024.

Beliau berkata, selain di KESUMA, pasukan siasatan juga ke ibu pejabat HRD Corp hari ini bagi mendapatkan dokumen berkaitan.

“Kita sudah terima laporan audit yang dikemukakan oleh KSU (Ketua Setiausaha) KESUMA. Berasaskan laporan audit itu, kita mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak terbabit.

“Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya. Oleh itu, satu pasukan khas dibentuk dan beberapa kertas siasatan sudah dibuka,” katanya menerusi kenyataan.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

  • May 29, 2026
MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta

  • May 29, 2026
IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta