Chin Hin Group Property & Atlan Holdings Lancar Projek Kediaman Ikonik “The Eclipse” di Johor Bahru

KUALA LUMPUR — Chin Hin Group Property Bhd (CHGP), bersama rakan usaha samanya Atlan Holdings Bhd, melancarkan projek kediaman moden terbaharu mereka, The Eclipse, yang diasaskan pada konsep kehidupan bandar pesisir pantai di Stulang, Johor Bahru.

Projek ini dibangunkan di atas tanah seluas 1.73 hektar dan merangkumi dua menara setinggi antara 36 hingga 58 tingkat dengan jumlah keseluruhan 1,116 unit kediaman. Unit ditawarkan dengan keluasan antara 570 hingga 1,161 kaki persegi, merangkumi pilihan 1+1 bilik tidur sehingga 3+1 bilik tidur, dengan harga permulaan sekitar RM630,000 seunit, menyasarkan profesional bandar, pelabur dan pembeli rumah pertama.

Berinspirasikan suasana pesisir Johor, reka bentuk The Eclipse menampilkan garis seni bina moden dan minimalis dengan penekanan pada garis menegak yang bersih, menjadikannya antara ikon seni bina baharu di sepanjang koridor Selat Johor. Lokasinya di Stulang turut memberikan kelebihan keterhubungan strategik, terutama kepada penduduk yang berulang-alik ke Singapura setiap hari.

Projek ini terletak kira-kira 2.8 kilometer dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru, serta berada dalam jarak pemanduan singkat ke Stesen RTS Bukit Chagar yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura. Perkhidmatan RTS Link, yang berkapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam sehala, dijangka memperkukuh mobiliti rentas sempadan dan seterusnya meningkatkan tarikan Johor Bahru sebagai pusat kediaman serantau.

Selain akses rentas sempadan, The Eclipse turut menikmati sambungan mudah ke rangkaian jalan utama termasuk Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL), JB Sentral dan Jalan Tun Abdul Razak. Lokasinya turut berdekatan pusat komersial popular seperti Johor Bahru Heritage Street, City Square dan Mid Valley Southkey.

Dari sudut reka bentuk, The Eclipse dibangunkan oleh pasukan perunding berpengalaman. WDA Architects mengetuai rekaan seni bina dengan penekanan kepada aliran cahaya semula jadi dan pemandangan panoramik Selat Johor. Rekaan landskap oleh Landart Associates pula mengambil inspirasi daripada elemen gerhana matahari dan bulan untuk menghasilkan permainan cahaya serta bayang yang dinamik. Firma reka bentuk dalaman berpengkalan di Singapura, Ministry of Design (MOD), menyuntik gaya kontemporari melalui palet warna elegan dan garis rekaan minimalis.

Kemudahan di aras 11 menampilkan dek fasiliti bertema pergerakan cakerawala, menawarkan pelbagai ruang rekreasi seperti kolam infiniti, sunken lounge, vila kolam, gelanggang pickleball, taman permainan, gimnasium dan sauna garam Himalaya. Penduduk turut dapat menikmati dek langit di aras tinggi yang menawarkan pemandangan pesisir menghadap Singapura sebagai sebahagian daripada pengalaman gaya hidup eksklusif.

Setiap unit kediaman dilengkapi sistem penyaman udara inverter, dapur siap pasang, kunci digital serta integrasi rumah pintar yang meningkatkan keselesaan harian dan keselamatan penghuni. CHGP turut bekerjasama dengan MAPLE Hospitality Group untuk menyediakan perkhidmatan concierge merangkumi pembersihan kediaman, pengurusan sewaan, perkhidmatan ulang-alik, dobi, pengurusan bungkusan dan pembaikan asas.

The Eclipse adalah hasil kerjasama strategik antara CHGP dan Atlan Holdings, menggabungkan kepakaran CHGP dalam pembangunan kediaman gaya hidup dengan kekuatan Atlan dalam pelaburan tanah, pengurusan aset dan hospitaliti. Gabungan ini sekali gus meletakkan projek tersebut sebagai mercu tanda baharu di selatan Johor Bahru.

CHGP merupakan pemaju hartanah aktif di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, sementara Atlan pula ialah syarikat pegangan pelaburan pelbagai yang terlibat dalam pembuatan komponen automotif, operasi kedai bebas cukai ZON serta pelaburan hartanah dan hotel, termasuk pemilikan hotel empat bintang di United Kingdom.

Sequeira

Related Posts

IJM Properties Lupuskan Aset Komersial di Sandakan pada Harga RM47.5 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Mei – IJM Corporation Berhad melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, IJM Properties Sdn Bhd, mencadangkan pelupusan sebuah hartanah komersial di Sandakan, Sabah pada harga RM47.5…

NCT Alliance Bhd perluas Projek Industri di Kuala Langat, sasar GDV RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR — NCT Alliance Berhad terus memperkukuhkan kedudukannya dalam sektor pembangunan hartanah perindustrian apabila merancang pembangunan baharu di Kuala Langat, Selangor dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM1.5…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa