Gracshaw lancarkan 6 reka bentuk unik helmet tema Jepun

  • Auto
  • June 16, 2023

KUALA LUMPUR: Double Site Marketing Sdn Bhd selaku pengedar jenama helmet buatan Malaysia Gracshaw melancarkan produk terbaharu helmet Edisi Jepun untuk pasaran Malaysia.

Terdapat enam reka bentuk unik yang dibawakan pada helmet dwi-visor Gennex, iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu, di mana setiap satu mewakili kisah atau tema yang dibawakan dari negara Jepun.

• Kurita (クリタ) – ilham daripada sotong gergasi, selain menampilkan elemen pedang katana, mutiara, ombak dan bunga
• Tsuru 鶴 (つる) – burung jenjang bermahkota merah yang dikatakan hidup sehingga 1,000 tahun, membawakan simbol tuah, panjang umur dan kesetiaan
• Japop  (ジャポップ) – inspirasi daripada anime dan manga Jepun, termasuklah watak popular Astro Boy
• Tengu 天狗 (てんぐ) – makhluk sakti nakal daripada cerita rakyat Jepun, memiliki kuasa mengawal angin, bermuka merah, hidung panjang
• Oda 織田 (おだ) – penghormatan kepada hulubalang Jepun Oda Nobunaga dari zaman Sengoku
• Karasu (カラス) – tema senjata yang digunakan oleh pahlawan ninja seperti shuriken, kunai, dan kusarigama.

 Helmet muka terbuka dwi-visor Gracshaw Gennex dengan enam rekaan tersendiri ini boleh didapati pada harga RM420.

Setiap pembelian akan dibekalkan dengan beg galas eksklusif untuk perlindungan serta mudah dibawa.

Menurut Farizan bin Md Akir dari Bahagian Pemasaran, Double Site Marketing, Edisi Jepun ini direka bentuk di Pulau Pinang dan dibuat di Jitra, Kedah untuk menjadikan topi keledar ini produk Malaysia sepenuhnya.

“Ini merupakan rangkaian topi keledar paling unik dan menarik daripada Gracshaw dan kami mengambil masa hampir lapan bulan untuk membangunkannya daripada peringkat konsep hinggalah kepada pengeluaran.

“Kami di Gracshaw memahami kepentingan memakai topi keledar yang baik dan sesuai untuk individu setiap kali keluar bermotosikal. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa topi keledar hanyalah sebagai ‘keperluan undang-undang’, namun bagi kami topi keledar adalah lebih daripada itu. Visi kami adalah untuk menawarkan pelindung kepala yang menggabungkan kualiti, keselesaan dan gaya bagi memenuhi kehendak penunggang yang sofistikated dan bergaya.

“Kami percaya produk Edisi Jepun kami akan dapat menawan hati penunggang motosikal Malaysia yang sudah biasa dengan budaya Jepun termasuk pelbagai ikon, motif dan watak yang dibawakan oleh negara matahari terbit ini.  Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting buat jenama kami.  Pada tahun hadapan, kami merancang untuk mengeksport produk kami ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

  • July 18, 2025
Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

  • July 18, 2025
Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

  • July 18, 2025
MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul