ATM menawarkan JMC Vigus Pro All-Essential White Series, harga serendah RM99,888

  • Auto
  • August 14, 2023

KUALA LUMPUR: Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) memperkenalkan JMC Vigus Pro All-Essential White Series, kenderaan pikap 4×4 automatik yang paling berpatutan di pasaran untuk memenuhi permintaan komuniti perniagaan yang semakin meningkat, termasuk korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dengan harga jualan hanya RM99,888, JMC Vigus Pro White Series adalah trak 4X4 bertransmisi automatik yang dijual pada harga terbaik dalam pasaran kenderaan segmen 1 tan, menjadikannya The All-Essential Workhorse (Trak Serba Guna, Serba Lengkap) bagi korporat dan PKS.

JMC Vigus Pro White Series adalah tawaran terbaru, sebagai tambahan kepada trak JMC Vigus Pro Premium Series yang mendapat penerimaan baik sebelum ini. 

Melalui pelancaran kali ini, JMC Vigus Pro kini ditawarkan dalam dua pilihan – White Series disediakan khas untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan penjimatan, manakala Premium Series adalah trak yang terbaik bagi pengguna yang bijak membuat pilihan.

White Series masih dilengkapi dengan enjin diesel PUMA 2.0L TDI dengan transmisi automatik 8 kelajuan ZF dengan mod manual yang pertama dalam kelasnya, dan sistem pacuan empat roda BorgWarner. 

Enjin diesel PUMA 2.0L TDI memberikan trak prestasi luar biasa di jalan raya dan off-road. Dengan sistem suntikan bahan api dan teknologi pengecasan turbo yang canggih, enjin ini memiliki tahap kuasa dan kecekapan yang mengagumkan, memastikan pengalaman memandu yang lancar dan responsif.

Sementara itu, transmisi automatik 8 kelajuan ZF menawarkan peralihan gear yang lancar dan penghantaran tork yang optimum, meningkatkan prestasi dan kecekapan bahan api. 

Manakala sistem pacuan empat roda BorgWarner menawarkan fungsi julat kelajuan rendah untuk penggunaan off-road dan SUV. Sistem ini membolehkan pemandu membuat penukaran antara mod pemanduan dua roda dan empat roda, menawarkan daya cengkaman dan keupayaan off-road yang lebih baik. 

Untuk ruang dalaman, trak menggunakan tempat duduk yang dibalut fabrik nyaman berpori. Untuk Premium Series, ditawarkan dengan ciri tambahan lain iaitu balutan kulit dan pelbagai aksesori termasuk DVR, lapisan filem cermin, visor pintu, ambang pintu dan bantuan but belakang, serta jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km.

Pada masa yang sama, Angka-Tan Motor juga memperkenalkan warna baharu untuk JMC Vigus Pro Premium Series. Mulai hari ini, pelanggan dapat memilih warna kelabu Metal Grey untuk JMC Vigus Pro Premium Series. Warna baharu ini melengkapkan tawaran JMC Vigus Pro Premium Series yang sedia ada, termasuk perak Metallic Silver, hitam Stylish Black, dan putih Arctic White. JMC Vigus Pro White Series pula ditawarkan dalam warna putih Arctic White, sesuai untuk tujuan perniagaan.

Trak JMC Vigus Pro dipasang secara tempatan (CKD) di kilang canggih Tan Chong Motor di Serendah, Selangor. Pelanggan boleh melihat dan mencuba kenderaan ini di 30 pengedar ATM di seluruh negara, disokong oleh rangkaian 20 bengkel servis pasca jualan Tan Chong Ekpress Auto Servis.

Sempena pelancaran JMC Vigus Pro White Series, Angka-Tan Motor mengadakan Pertandingan Pandu Uji dan Menang. Peserta pandu uji berpeluang memenangi Baucar Petrol BHP bernilai keseluruhan RM20,000. Setiap pembelian Vigus Pro akan memberikan pelanggan 10 penyertaan dalam pertandingan ini. Pemenang bertuah akan diumumkan pada suku pertama 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran atau hubungi 03-5638 6888. Atau, kunjungi laman web JMC Malaysia: www.jmcmalaysia.com.

Goncalves

Related Posts

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

TOKYO: Toyota Motor Corporation (Toyota) akan memulakan kerja pembinaan bagi Shinagawa Station West Exit Area District A New Construction Plan (nama sementara, selepas ini dirujuk sebagai “Pelan”) pada 31 Mei…

  • Auto
  • October 24, 2024
Betamek, Perodua kerjasama pamer penyelesaian telematik

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar Reka Bentuk Asal (“ODM”) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (“EMS”) untuk industri automotif, Betamek Berhad mengumumkan, pihaknya mengambil bahagian dalam pameran Daihatsu Motor Co., Ltd.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah