Public Bank tawar pembiayaan khas kereta smart

  • Auto
  • August 14, 2023

KUALA LUMPUR: Public Bank menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan serta perkhidmatan kewangan lengkap untuk produk smart Malaysia.

MoC itu juga menyaksikan Public Bank memulakan pendigitalan melalui penyepaduan sistem smart Malaysia dan penjual sah kenderaan itu.

Kerjasama akan membolehkan Public Bank mengantara muka dan memudahkan pendigitalan melalui permohonan pembiayaan akhir sewa beli dan pembiayaan Penstokan Lantai secara dalam talian dengan aplikasi pelanggan smart dan penjual sah, sekali gus memperbaiki bahagian pasaran dalam industri automotif kenderaan elektrik (EV).

“Perjanjian strategik ini dijangka akan meningkatkan jualan EV inovatif baharu syarikat berkenaan. Tawaran permulaan untuk pasaran Malaysia ialah smart #1, kenderaan yang memenangi anugerah dan muncul buat pertama kali baru-baru ini pada Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 di Pusat Konvensyen Setia City,” katanya.

PRO-NET ialah pengimport dan pengedar eksklusif yang sah bagi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

Majlis tandatangan itu dihadiri oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr Tay Ah Lek; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Datuk Chang Kat Kiam, Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah dan Wang Huaibing serta Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang.

Sementara itu, Ah Lek dalam ucapannya berkata, menyokong pertumbuhan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sentiasa menjadi tunjang utama agenda pemeliharaan iklim kumpulan itu.

“Public Bank memperuntukkan lebih daripada RM30 bilion dalam pembiayaan NEV domestik pada akhir tahun 2022, yang mewakili kira-kira 52 peratus daripada jumlah keseluruhan portfolio pembiayaan sewa beli bank.

“Untuk membuktikan komitmen kami, sasaran pemberian pinjaman untuk NEV kini ditingkatkan kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.

“Terdapat peluang yang mendorong Public Bank dan PRO-NET untuk memulakan kerjasama dari awal. Kerjasama ini bukan saja bermanfaat untuk kami bagi mencapai objektif perniagaan masing-masing, malah turut menyumbang kepada usaha bersama untuk menangani perubahan iklim,” katanya.

Zhang pula berkata, penciptaan NEV menandakan peralihan penting daripada produk tradisional dengan memanfaatkan teknologi EV untuk memupuk kesalinghubungan yang dipertingkatkan dan memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

“PRO-NET komited terhadap misi utamanya untuk menyediakan pengalaman digital yang lancar kepada pelanggan dalam kerjasamanya dengan rakan perniagaan eko yang bereputasi dan menyasarkan untuk mencapai ekosistem mobiliti EV berjenama smart.

“Usaha PRO-NET membangunkan aplikasi pelanggan smart Malaysia menunjukkan kemajuan yang baik dan akan menawarkan pelbagai perkhidmatan eko yang luar biasa, termasuk permohonan pinjaman dalam talian yang mudah dan maklumat pengecasan yang lancar.

“Matlamat kami adalah memastikan urus niaga yang telus, meningkatkan kecekapan dan memberikan pengalaman yang pantas dengan jenama smart,” katanya.

Goncalves

Related Posts

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 59 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

  • Auto
  • May 9, 2024
  • 19 views
Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

  • September 6, 2024
Demi Allah, satu sen pun saya tak ambil duit 1BestariNet – Muhyiddin

OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

  • September 5, 2024
OPR Kekal Pada Kadar 3.0 Peratus – BNM

Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Projek 1BestariNet: Siapa ‘Dalang Utama’ Bakal Tersangkut Dalam Siasatan SPRM

Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

  • September 5, 2024
Penjualan Saham YTL Heret Turun Bursa Malaysia

Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

  • September 5, 2024
Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar

  • September 5, 2024
Mahkamah Tolak Permohonan Jamin Kes Pegawai Polis Bunuh Pelajar