Tesla lancar EV model 3 ke pasaran Malaysia

  • Auto
  • October 19, 2023

KUALA LUMPUR: Tesla secara rasmi melancarkan sedan elektrik paling laris di dunia, Model 3 baharu ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM189,000.

Model kedua rasmi Tesla di Malaysia selepas Model Y hadir dengan pilihan dua varian iaitu Rear-Wheel Drive yang dijual pada harga bermula RM189,000 dan varian Long Range Dual Motor All-Wheel Drive yang ditawarkan daripada RM218,000.

Pelancaran Model 3 turut diadakan bersama pembukaan pusat pengalaman Tesla pertama Malaysia di Pavilion Damansara Heights.

Ia dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan.

Model 3 tersedia untuk tempahan menampilkan gaya luaran dikemas kini yang dioptimumkan untuk aspek aerodinamik maksimum.

Kabin Model 3 kini lebih senyap berbanding sebelum ini, disokong penggunaan kaca akustik 360 darjah.

Ia juga memperkenalkan ciri baharu seperti pencahayaan ambien, sistem bunyi yang mendalam hasil rekaan Tesla dengan memiliki sehingga 17 pembesar suara, dwi subwoofer dan dwi amplifier.

Model 3 tampil dengan tempat duduk berventilasi, paparan baris kedua lapan inci, konsol tengah yang direka bentuk semula dan pilihan roda baharu iaitu Photon Wheels 18 inci (standard) dan Nova Wheels 19 inci (tambah RM7,500).

Ia juga lengkap dengan jaminan asas bateri dan unit penggerak selama 8-tahun atau 160,000 kilometer (Rear-Wheel Drive) dan 8-tahun atau 192,000 km (Long Range Dual Motor All-Wheel Drive).

Untuk jaminan asas kenderaan, kedua-dua varian itu menerima waranti empat tahun atau 80,000 kilometer.

Model 3 hadir dengan lima pilihan warna iaitu Pearl White Multi-Coat (tiada tambahan bayaran); Solid Black (tambah RM5,000); Deep Blue Metallic (tambah RM5,000); Stealth Grey (tambah RM7,500); dan Ultra Red (tambah RM11,000).

Bagi pembeli yang ingin menambah ciri pemanduan automatik, pilihan kepada fungsi Enhanced Autopilot disediakan membabitkan ciri Auto Lane Change dan Autopark dengan bayaran tambahan RM16,000, manakala untuk Basic Autopilot didatangkan sebagai standard.

Bagi menikmati ciri pemanduan kendiri sepenuhnya tambahan RM32,000 dikenakan untuk semua fungsi Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot.

Mengikut varian, Rear-Wheel Drive mampu bergerak sehingga 523 km dengan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa hanya 6.1 saat.

Bagi Long Range Dual Motor All-Wheel Drive pula, sedan elektrik itu mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.4 saat dan menawarkan julat cas tunggal sehingga 629 km (WLTP).

Pelanggan yang berminat boleh membuat pesanan di www.tesla.com/en_my/model3, dengan penghantaran bermula pada akhir 2023.

Sementara itu, pembukaan Pusat Pengalaman Tesla pertama di Malaysia membolehkan pelawat boleh menerokai barisan penuh kenderaan Tesla, termasuk Model 3 dan Model Y, serta misinya untuk mempercepatkan peralihan dunia ke arah tenaga mampan, Berita Harian melaporkan.

Pusat itu yang berkeluasan kira-kira 3,000 kaki persegi, akan memberi perkhidmatan kepada perbandaran mewah Bangsar dan Damansara Heights.

Tesla berkata, selaras dengan komitmennya untuk meningkatkan pengalaman pengecasan dan pemilikan, jenama itu telah membuka stesen pengecasan Tesla kedua di Sunway Big Box di Johor baru-baru ini.

“Setakat hari ini, Tesla memiliki, beroperasi dan telah menggunakan dua Stesen Pengecasan Super di Malaysia. Dengan Tesla Supercharging, Model 3 boleh mengecas sehingga 282 kilometer hanya dalam 15 minit.

“Sebagai sebahagian daripada pembukaan pusat pengalaman, stesen pengecasan tambahan akan mengikuti jejak di Pavilion Damansara Heights untuk mewujudkan destinasi sehenti untuk pelanggan,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • Auto
  • August 8, 2024
  • 77 views
Tesla Batal Bina Kilang Di Malaysia: Ini Reaksi MITI

KUALA LUMPUR: Laporan berita dari Thailand berhubung keputusan Tesla untuk tidak membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) di mana-mana negara Asean termasuk Malaysia mengejutkan banyak pihak. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan…

  • Auto
  • May 9, 2024
  • 22 views
Volkswagen rancang mahu jadikan Malaysia sebagai hab eksport

KUALA LUMPUR: Volkswagen Group Malaysia (VGM) rancang untuk jadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Zafrul…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

  • September 11, 2024
Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

The ART of Deception? – Ernest Wong

  • September 10, 2024
The ART of Deception? – Ernest Wong

Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

  • September 10, 2024
Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

Idris Buang: Kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, kestabilan politik jika Petronas bawa Sarawak ke mahkamah

  • September 10, 2024
Idris Buang: Kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, kestabilan politik jika Petronas bawa Sarawak ke mahkamah

‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

  • September 10, 2024
‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia

  • September 10, 2024
Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia