Negara dibayangi pentadbiran yang menyalahguna kuasa, dakwa Daim

  • Kes
  • January 29, 2024

KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin, menegaskan beliau tidak akan berbicara mengenai tuduhan bermotifkan politik yang dibuat terhadapnya.

Malah katanya, beliau tidak sabar menunggu hari perbicaraan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah seperti yang dituduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak akan berbicara mengenai tuduhan bermotifkan politik terhadap saya ini. Saya tidak bersalah dan tidak sabar menunggu hari perbicaraan kelak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Daim, 85, turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap keadaan negara ketika ini yang didakwa beliau dibayangi pentadbiran yang menyalah guna kuasa di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri.

“Seperti ramai yang lain yang mahukan sebuah Malaysia baharu, saya turut menyokong Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim pada 2018. Ketika itu, negara dihantui bayang-bayang skandal 1MDB.

“Tetapi kini, kita dibayangi pula oleh sebuah pentadbiran yang menyalahguna kuasa, di samping janji-janji reformasi yang dimungkiri. Musang berbulu ayam bersorak reformasi tetapi melakukan sebaliknya,” katanya.

Daim berkata, Anwar melantik seorang individu berdepan tuduhan rasuah sebagai Timbalan Perdana Menteri demi mencapai jawatan Perdana Menteri,

“Tidak lama kemudian, seperti silap mata, 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri itu digugurkan.

“Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan? Kejujuran, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke laut,” katanya.

Dakwa Daim, integriti dan tadbir urus baik semuanya ke ‘laut’ seperti SPRM, Peguam Negara dan LHDN diperalatkan dengan mudah dalam mengejar musuh politik.

“Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman digunakan sewenang-wenangnya terhadap mereka yang lantang bersuara atau mengkritik kerajaan atau Anwar, malah menteri mengeluarkan ugutan menghantar kereta polis ke rumah mereka.

“Anwar seharusnya sedar yang semua ini ada tempiasnya. Ketika sibuk melunaskan dendam yang lampau, ringgit terus merosot, ekonomi terbantut dan penderitaan rakyat biasa berterusan. Inikah Malaysia baharu yang dijanjikan?,” soal Daim.

Beliau berkata, meski usia yang lanjut, keyakinanya tetap tidak goyah.

“Saya tidak peduli sangat nasib saya, biarlah Anwar melemparkan segala-galanya terhadap saya. Tetapi saya khuatir nasib negara saya.

“Jadi, saya menyeru anda melakukan apa yang terdaya dalam memelihara dan menyelamatkan negara ini, Jangan takut bersuara terhadap Anwar dan rejimnya. Sesebuah kerajaan bertanggungjawab kepada rakyatnya, bukan sebaliknya.

Seperti kata pepatah, “Untuk memenangkan kejahatan, cukup sekadar orang baik tidak melakukan ара-ара” rakyat layak mendapat yang dijanjikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Daim sempat menitipkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nur kepada Anwar Ibrahim berikutan ‘fitnah’ dilemparkan kepadanya.

“Kepada sahabat lama saya, Anwar Ibrahim, ingatlah akan firman Allah swt dalam Surah al-Nur, bahawa mereka yang menyebarkan fitnah keji di kalangan orang orang mukmin akan mendapat balasan pedih di dunia dan akhirat. Dan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,” tegasnya.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • June 23, 2026
Pekerja penyelenggaraan maut ketika cuci kolam air di Kuala Selangor, SPAN siasat punca kejadian

KUALA SELANGOR, 23 Jun 2026 — Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pekerja penyelenggaraan semasa kerja-kerja pencucian kolam perkhidmatan…

  • Kes
  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada tiga pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta selepas pihak pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026