Mahkamah Sesyen tetapkan 12 hari bicara kes hasut Sanusi dilapangkan

  • Kes
  • February 2, 2024

SELAYANG: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melapangkan 12 hari bagi tarikh perbicaraan yang ditetapkan bermula Isnin ini, berhubung dua kes menyebut perkataan menghasut membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Hakim, Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memberitahu bahawa Hakim Datuk Aslam Zainuddin telah membenarkan permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen di sini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tarikh yang ditetapkan pada 5, 8, 9, 13, 15, 16,19, 22, 23 Februari serta 11, 15 dan 18 Mac depan.

“Oleh itu, tiada keputusan akan diberikan bagi permohonan ini, maka tarikh bicara pada bulan Februari dan Mac dilapangkan,” katanya.

Semasa prosiding, Abdul Malik Ayob berkata, mahkamah sebelum ini menetapkan prosiding pada Jumaat untuk keputusan permohonan Sanusi bagi menggantungkan perbicaraan kes.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu menjadi akademik kerana hakim Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, untuk memindahkan dan dibicarakan kes di Shah Alam.

Peguam bela, Mohd Tajuddin Abd Razak yang mewakili pemimpin Kedah itu mengesahkan perkara terbabit.

“Saya mohon tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu, dikosongkan selain kami menunggu pengurusan kes baharu di Shah Alam,” katanya.

Pada 18 Julai 2023, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada jam 11 malam, 11 Julai tahun sama.

Dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Januari lalu pula, Sanusi memfailkan notis usul untuk menggantung perbicaraan dua kes menyebut perkataan menghasut yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Pemimpin Kedah itu mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes dan menggantung perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Alasan permohonan dibuat ialah perbicaraan yang saksama tidak dapat dijalankan di mahkamah rendah selain mungkin berlaku kesulitan di sisi undang-undang.

Pada 24 Januari lalu, pihak pendakwaan turut membantah permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di sini memandangkan kes itu telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, berkata kes itu juga tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon.

Coelho

Related Posts

  • Kes
  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuh Raya Putrajaya–KLIA (MEX 2). Dalam kenyataan…

  • Kes
  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

KUALA LUMPUR, 7 Oktober 2025 – Prosiding kes melibatkan dua bekas pengarah Revenue Group Berhad, iaitu Ng Shih Chow dan Ng Shih Fang, ditangguhkan selama tiga minggu selepas mahkamah menerima…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Sunway cadang ambil alih IJM dalam urus niaga lebih RM11 bilion

  • January 13, 2026
Sunway cadang ambil alih IJM dalam urus niaga lebih RM11 bilion

Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

  • January 10, 2026
Bursa Malaysia Tegur Keras Reneuco, Lima Pengarah Dikenakan Tindakan Susulan Kelewatan Laporan Tahunan

Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

  • January 9, 2026
Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

  • January 9, 2026
Citaglobal Dedah Kedudukan Pinjaman Subsidiari, Tunggakan Cecah RM18.5 Juta

Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

  • January 9, 2026
Ditentang Sebahagian Pemegang Saham, Lim Wee Chai Kekal Pengerusi Top Glove

Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA

  • January 7, 2026
Rombakan Bukit Aman: Datuk Fazlisyam Ambil Alih Unit AMLA