YTL Cement failkan petisyen gulung tikar terhadap Bina Puri didakwa tidak bayar hutang RM1.7 juta

KUALA LUMPUR: YTL Cement Marketing Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung YTL Corp Bhd telah menyerahkan petisyen pembubaran syarikat kepada Bina Puri Holdings Bhd, untuk jumlah tertunggak yang didakwa berjumlah RM1.74 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Bina Puri berkata ia masih dalam perbincangan dengan pempetisyen dalam usaha menyelesaikan perkara itu secara baik.

YTL Cement Marketing mendakwa Bina Puri tidak membayar RM1.74 juta, termasuk kadar faedah 1.5% setiap bulan, setakat 30 Nov 2023.

Tarikh pendengaran petisyen itu telah ditetapkan pada 25 Mac 2024.

Sebelum ini, peguam Tetuan Lim Soh dan Goonting telah mengemukakan petisyen pembubaran ke atas syarikat milik penuh Bina Puri, Bina Puri Properties Sdn Bhd, atas dakwaan tidak membayar hutang.

Kemungkiran itu berkaitan dengan notis tuntutan bertarikh 19 Sept 2023, mengenai baki belum dibayar sebanyak RM972,564 untuk perkhidmatan guaman yang diberikan kepada kumpulan berkenaan.

Pada Okt 2023, Thai Soon Hang (Sabah) Sdn Bhd menyampaikan kepada Bina Puri Sdn Bhd, sebuah lagi anak syarikat milik penuh, dengan petisyen pembubaran berhubung dakwaan kegagalan pembayaran sebanyak RM198,116.

Keingkaran itu melibatkan penghakiman persetujuan yang diperoleh Thai Soon Hang pada 11 Jun 2021.

Bina Puri melaporkan hasil sebanyak RM44.2 juta dan kerugian sebelum cukai RM10.6 juta bagi suku pertama tahun fiskalnya, yang berakhir pada 30 Sept 2023.

Harga saham syarikat itu telah jatuh 22.22% tahun setakat ini.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

  • September 30, 2026
Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

  • September 27, 2026
Sapura Resources kembali untung RM1.82 juta, sewa Permata Sapura sokong hasil suku kedua

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

  • September 26, 2026
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Grab beli saham lebih AS$30 juta selepas harga jatuh ke paras terendah tiga tahun

Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

  • September 19, 2026
Fernandes yakin AirAsia mampu tangani kos bahan api, tidak perlukan ‘bailout’

AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat

  • September 19, 2026
AirAsia jual enam A321neo baharu ketika tekanan tunai meningkat