Tiada menteri kewangan sepenuh masa bukan punca kejatuhan ringgit – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata situasi kejatuhan ringgit adalah disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) bukan kerana Malaysia tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.

Jelas Anwar, kekangan antarabangsa turut mempengaruhi kedudukan nilai ringgit.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, dekat sini pada Khamis.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan dan kompeten yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan terhadap negara.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding Dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60/USD, dan dijangka boleh mencecah paras RM5.00/USD jika tidak dikawal.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan berharap tekanan terhadap ringgit akan berkurangan sebaik sahaja isu siling hutang AS diselesaikan segera.

Media antarabangsa melaporkan AS sedang bergelut menyelesaikan isu had siling hutang itu secepat mungkin.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    • June 14, 2025
    Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

    • June 14, 2025
    Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura