Insiden kecoh KLIA: Polis selesai ambil keterangan 11 saksi

KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan 22 saksi berhubung kejadian kekecohan membabitkan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mereka terdiri daripada 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan, empat pengadu dan dua pekerja sebuah syarikat pelancongan.

Kertas Inkuiri Polis akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, polis menerima empat laporan polis yang dibuat orang awam berhubung kejadian itu.

Pada 29 Jun, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King SING menyerbu masuk ke balai ketibaan di KLIA dan mencetuskan kekecohan dalam usaha untuk ‘membebaskan’ seorang warga China yang dilarang masuk ke Malaysia.

Menjelaskan perkara itu, King Sing berkata, beliau terpaksa turun padang untuk membantu seorang pekerja sebuah syarikat media yang berpangkalan di China selepas didakwa ditahan pegawai Imigresen di KLIA sebaik tiba dari Shenzen.

Wanita dikenali sebagai Wang Xu mendakwa, walaupun dokumen perjalanannya teratur, dia dinafikan masuk oleh pegawai Imigresen.

Wang Xu mendakwa, dia diminta membayar beberapa ribu ringgit jika dibenarkan masuk.

Wanita itu telah tiba di Malaysia bersama pegawai atasannya, seorang pegawai kanan sebuah stesen TV milik kerajaan China.

Bagaimanapun, Penolong Penguasa Imigresen, Syahmi Syafie Md Nazmil memaklumkan, pelawat itu tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras