Zahid nafi MCA, MIC boikot PRN

PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan bahawa MCA dan MIC memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata, BN menghormati pendirian dua parti komponenannya, MCA dan MIC yang tidak mahu bertanding pada PRN akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan MCA dan MIC itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN pada 10 Julai depan.

“Boikot? Mereka punya alasan tersendiri.

“BN menghormati keputusan mereka dan mereka akan terus kerjasama dalam kempen PRN,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, meskipun tidak bertanding, MCA dan MIC sudah berjanji untuk membantu calon dari BN mahupun Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon sebelum ini mengumumkan parti itu tidak bertanding dalam PRN enam negeri akan datang.

Sin Woon berkata, MCA membuat keputusan itu selepas mengambil kira “situasi politik semasa”.
Malah MIC mengikut jejak MCA apabila turut mengumumkan tidak bertanding pada PRN nanti.
Menurut setiausaha agungnya, RT Rajasekaran,keputusan sebulat suara itu susulan perbincangan lebih empat jam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan 30 Jun lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerusi yang telah diberikan kepada kedua-dua parti itu akan diserahkan kembali kepada BN.

“Kalau (MCA dan MIC) tak nak, kita akan ambil (kerusi) ia akan letak bawah BN,” jelas Ahmad Zahid.

Sebelum ini, Presiden UMNO itu berjanji komponen BN itu akan tetap diberikan kerusi untuk bertanding pada PRN akan datang.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    • July 13, 2026
    Betamek Perkukuh Kedudukan Industri Automotif Dengan Pengiktirafan Pembuatan Pintar Tahap 4

    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    • July 12, 2026
    Dagangan Malaysia-Indonesia Dijangka Cecah AS$29.3 Bilion, Kerjasama Halal Jadi Pemacu Utama

    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    • July 12, 2026
    BN menang besar 48 kerusi, PH hanya 8 kerusi DUN Johor – SPR

    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    • July 10, 2026
    CUHK Breaks Into Global Top 20, Ranked 18th in QS World University Rankings 2027

    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    • July 10, 2026
    Advancecon Raih Kontrak RM121.7 Juta, Perkukuh Peranan Dalam Infrastruktur Pusat Data Malaysia

    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras

    • July 9, 2026
    AIZO Raih Subkontrak Infrastruktur RM9.09 Juta bagi Projek TOD Cheras