PUTRAJAYA: Secret Recipe dengan kolaborasi bersama duta jenama Mira Filzah memperkenalkan menu bermusim berasaskan burger penambat selera dan koleksi tudung penambat hati.
Titik pertemuan seni fesyen dan seni kulinari itu telah mengilhamkan BurgerMira dengan lima jenis burger, yang juga menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe – The Entrée Collection.
Bagi pilihan pertama ialah Special Kerabu Burger (Burger Kerabu Istimewa) dengan pilihan daging ayam atau daging.
Sementara itu, Sambal Meletop Burger (Burger Sambal Meletop) mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas.
Hidangan tambahan terakhir dalam menu ialah Zesty Herb Burger yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar.
Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata, kerjasama ini cukup istimewa kerana gandingan ini telah membawa kelazatan dan keanggunan cita rasa menerusi sajian burger dan koleksi tudung Mira.
“Di Secret Recipe, kami terus berusaha untuk menjangkaui sempadan dan menawarkan kelainan kepada pelanggan, seperti pilihan burger dan tudung yang menggandingkan seni fesyen dan seni kulinari yang bukan sahaja menambat selera pelanggan setia kami, tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua penggemar fesyen di luar sana,” kata Evelyn.
Mengulas lanjut, kolaborasi Secret Recipe, Mira, buat julung kalinya membawakan koleksi berilhamkan ramuan dan rempah yang biasa digunakan dalam masakan kepada para peminatnya.
Lebih menarik, sebagaimana ramuan tersebut menambah perisa kepada sajian, tudung-tudung Mira juga telah direka khas untuk menyerlahkan penampilan si pemakai.
Sempena pengenalan menu bermusim ini, para pelanggan akan menerima diskaun RM10 dari 4 Ogos hingga 17 September, bagi sebarang pembelian di laman web Mira Filzah menggunakan kod MIRABELANJALAGI.
Pelanggan Secret Recipe juga akan mendapat diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM45 dari 4 Ogos hingga 3 September menggunakan kod SRXMIRA apabila memesan menerusi SR GO! Pick Up di aplikasi atau laman web Secret Recipe MY.