Harga minyak sawit diunjur berada pada paras RM3,400 satu tan pada 2024 – BMI

KUALA LUMPUR: BMI, syarikat Fitch Solutions menjangkakan harga minyak sawit berada pada paras RM3,400 setiap tan pada 2024.

Firma itu juga mengekalkan, unjuran harga purata RM3,800 bagi setiap tan untuk kontrak niaga hadapan minyak sawit Bursa Malaysia pada 2023.

Katanya, kontrak itu diniagakan pada harga purata RM3,804 satu tan dan harga purata RM3,753 setiap tan sepanjang suku ketiga sehingga kini.

“Kami berpegang kepada unjuran harga minyak sawit RM3,400 bagi setiap tan untuk 2024.

“Seperti ramalan kami pada separuh kedua 2023, El-Nino dijangka meningkatkan risiko kenaikan harga purata minyak sawit kami dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Katanya, semasa El Nino 2014 hingga 2016, paras kelembapan di bawah purata di seluruh Indonesia dan Malaysia menyaksikan harga minyak sawit bulanan mula meningkat pada suku keempat 2015 dan memuncak pada suku kedua 2016 kenaikan kira-kira RM1,000 bagi setiap tan dalam tempoh tersebut.

“Kami meramalkan bahawa pengeluaran minyak sawit global akan meningkat sebanyak 3.6% tahun ke tahun kepada 80 juta tan (tertakluk kepada penurunan risiko yang didorong oleh El Nino) dan penggunaan minyak sawit global akan meningkat sebanyak 3.7% tahun ke tahun kepada 78.9 juta tan pada 2023/24, yang akan menyaksikan imbangan minyak sawit global kekal lebih kurang tidak berubah jika dibandingkan dengan anggaran lebihan 1.1 juta tan yang dicapai pada 2022/23,” katanya.

BMI berkata, harga kekal dalam julat sehingga suku ketiga 2023 dan ia menjangkakan bahawa profil risiko jangka pendek dua hala akan menyaksikan penerusan aliran ini sepanjang baki tahun.

“Pasukan Minyak & Gas kami, menjangkakan pasaran minyak menjadi lemah pada suku keempat tahun ini selepas mendapat manfaat daripada sokongan pada suku ketiga,” katanya.

Firma itu berkata, tanda kenaikan harga boleh didapati bahawa harga minyak bunga matahari ditetapkan untuk menerima tekanan harga yang lebih tinggi berikutan kejatuhan Inisiatif Bijian Laut Hitam pada 17 Julai dan peningkatan yang berkaitan dalam permusuhan Laut Hitam.

Katanya, El-Nino yang dijangka berlaku pada hujung tahun ini, mungkin meningkatkan permintaan minyak kelapa sawit terutama sekiranya kesan El-Nino sangat teruk.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025