Pembinaan ECRL capai 50.29%

  • News
  • September 19, 2023

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai 50.29%.

Anthony berkata, projek itu kini berada di fasa melibatkan kerja-kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk, pembinaan stesen dan peletakan landasan.

“Ketika ini, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan menggunakan jentera pelancar rasuk, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan di sepanjang laluan ECRL.

“Kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah Tunnel Boring Machine (TBM) bagi terowong Genting pertama mencecah 3.10km manakala terowong Genting kedua mencecah 4.29km.

“Jumlah panjang setiap terowong Genting, satu-satunya terowong berkembar projek ECRL, ialah 16.39km.

“Selain itu, sebanyak 25 terowong telah berjaya ditembusi setakat 25 Ogos, termasuk 21 terowong di Seksyen A dan Seksyen B manakala baki empat terowong di bawah Seksyen C,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony berkata, pembinaan ECRL berada di landasan yang betul untuk disiapkan mengikut jadual iaitu 31 Disember 2026.

“Tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Baru, Kelantan ke ITT Gombak di Selangor dijangka siap paa 31 Disember 2027.

“Manakala dari Gombak sehingga ke Pelabuhan Klang di negeri Selangor dijangkakan akan siap pada 31 Disember 2027,” katanya lagi.

Pada Isnin, 18 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan Pelan Induk Guna Tanah Bersepadu ECRL, atau PeGTaECRL.

Beliau berkata dokumen itu akan memacu pembangunan sekitar 20 stesen dan sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.

Coelho

Related Posts

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

  • June 9, 2026
Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

  • June 8, 2026
Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

  • June 3, 2026
Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

  • June 3, 2026
Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

  • June 3, 2026
Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

  • May 29, 2026
MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa