BMI kekal unjuran defisit belanjawan Malaysia pada 4.9%

KUALA LUMPUR: BMI mengekalkan unjuran defisit belanjawan kerajaan Malaysia 2023 pada 4.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus pada 2022.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini, cabang Fitch Solutions itu berkata unjuran itu tinggi sedikit berbanding unjuran kerajaan, iaitu pada 5.0 peratus.

“Sehingga separuh pertama 2023, hasil dan perbelanjaan kerajaan persekutuan hampir seiring dengan unjuran yang ditetapkan pada awal tahun, dan trajektori ini, kami percaya bahawa kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasarannya.

“Melihat ke hadapan, kami menjangkakan defisit belanjawan akan menguncup kepada 4.3 peratus daripada KDNK pada 2024,” katanya.

Sementara itu, BMI juga meramalkan pertumbuhan hasil menjadi perlahan sedikit kepada 15.3 peratus daripada KDNK pada 2023 daripada 16.5 peratus daripada KDNK pada 2022 disebabkan oleh pengurangan cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk pendapatan tertentu.

“Sehingga separuh pertama 2023, kutipan hasil kerajaan persekutuan berada pada 51.1 peratus daripada sasaran bagi 2023 dan berada di atas purata lima tahun sebanyak 47.8 peratus.

“Kutipan hasil bagi separuh pertama 2023 berada pada RM148.4 bilion, naik 16.8 peratus tahun ke tahun dan terutamanya disebabkan oleh peningkatan kutipan hasil cukai,” katanya.

Ia berkata jumlah hasil cukai daripada cukai langsung dan tidak langsung meningkat 17.4 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 kepada RM54.7 bilion.

“Daripada jumlah ini, kenaikan cukai langsung yang dikutip disebabkan oleh cukai pendapatan yang lebih tinggi mengatasi penurunan levi keuntungan durian runtuh ke atas minyak sawit mentah, yang membawa kepada cukai tidak langsung yang lebih rendah,” katanya.

Di samping itu, BMI menjangkakan jumlah hutang kerajaan mencecah 60.8 peratus daripada KDNK pada 2023, menandakan peningkatan kecil daripada 59.6 peratus daripada KDNK pada 2022, angka tersebut berada di bawah had hutang berkanun yang disemak semula pada 65.0 peratus.

“Selain itu, sehingga Jun 2023, jumlah hutang kerajaan persekutuan sebanyak RM1,145.0 bilion (60.6 peratus daripada KDNK) adalah sejajar dengan ramalan kami.

“Daripada ini, 97.3 peratus daripada jumlah hutang kerajaan adalah sekuriti dalam denominasi ringgit, yang mengehadkan pendedahan kepada risiko pertukaran asing,” katanya.

Ia menyatakan bahawa kerajaan juga telah membentangkan rancangan untuk menurunkan paras defisit fiskal dalam jangka sederhana.

Menurut Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana 2023-2025, kerajaan merancang untuk mengurangkan defisit fiskalnya secara beransur-ansur kepada 3.2 peratus menjelang akhir 2025, yang akan menjadikan purata 4.1 peratus daripada KDNK untuk 2023-2025.

“Kami menjangkakan jumlah hutang kerajaan akan meningkat pada tahun-tahun akan datang kerana negara terus mengalami defisit belanjawan,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Johor muncul hab pusat data, kapasiti sah cecah 1,473MW

KUALA LUMPUR – Johor kini menjadi hab utama pusat data (DC) negara dengan kapasiti sah mencecah kira-kira 1,473 megawatt (MW), menurut laporan pasaran semasa oleh DC Byte. Berdasarkan laporan Asia…

Kerajaan digesa 13 persatuan labur semula kutipan WPL melalui KPK

KUALA LUMPUR:13 belas persatuan utama dalam sektor perladangan dan komoditi menggesa kerajaan supaya melabur semula kutipan Cukai Keuntungan Luar Biasa (WPL) ke dalam industri itu melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah