Abu Bekir bukan lagi pemegang saham utama KNM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, bukan lagi menjadi pemegang saham besar KNM Group Bhd.

Ia selepas beliau melupuskan 0.03% kepentingan atau 1.1 juta saham dalam kumpulan.

Pelupusan tersebut dilakukan kurang daripada sebulan selepas Abu Bekir muncul sebagai pemegang saham besar kumpulan itu pada 9 Oktober.

Berikutan pelupusan kepentingan itu, beliau kini mempunyai 4.99% kepentingan atau 202.37 juta saham dalam firma kejuruteraan minyak dan gas itu.

Abu Bekir kini adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan dan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif bagi pengeluar simen berpangkalan di Sarawak, Cahya Mata Sarawak Bhd.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, Abu Bekir melupuskan 100,000 saham dalam pasaran terbuka pada Jumaat lalu dan satu juta saham lagi pada Isnin.

Berdasarkan harga penutupan saham pada kedua-dua hari, pengiraan menunjukkan Abu Bekir telah menjual 1.1 juta saham KNM dengan jumlah RM110,000.

Pada Isnin, KNM yang berstatus amalan nota 17 (PN17) meminta lanjutan untuk mengemukakan pelan penyusunan semulanya, dengan menyatakan bahawa ia memerlukan satu tahun lagi untuk mengusahakan rancangan berkenaan.

Kumpulan itu juga menjadi tumpuan kerana perebutan bilik lembaga pengarah, selepas sekumpulan pemegang saham, yang diketuai oleh ahli perniagaan Jerman, Andreas Heeschen dengan 8.25% kepentingan, mahu memecat sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengerusi, Tunku Datuk Yaacob Khyra.

Bagaimanapun, kumpulan itu hanya berjaya memecat dua pengarah, iaitu Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique dan Steve Ho Soo Woon, dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 16 Oktober.

Saham KNM dibuka tidak berubah pada 10 sen pagi ini, memberikannya permodalan pasaran berjumlah RM404.6 juta.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit