Jetson cadang ambil alih 51% saham Magical Era yang memiliki Vendor City Industrial Park

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Jetson Berhad, iaitu Jetson Development Sdn Bhd telah menandatangani surat hasrat (LOI) untuk rundingan terma dan syarat bagi cadangan pengambilalihan 51% saham biasa dalam Magical Era (M) Sdn Bhd yang dianggarkan bernilai RM31 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu memaklumkan LOI itu ditandatangani dengan Datuk Seri Baljinder Singh Surinder Singh pada 1 November.

Menurut Jetson, LOI berkenaan membolehkan Jetson Development mengadakan rundingan untuk memperoleh pegangan kawalan dalam Magical Era yang memiliki Vendor City Industrial Park, iaitu pembangunan industri bersepadu mewah dalam pusat perindustrian, pendidikan dan rekreasi di Melaka.

“Justeru, [boleh] mengambil bahagian dalam pembangunan tanah perindustrian utama memandangkan lokasi strategiknya dan mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif berterusan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Melaka untuk menarik pelbagai projek pelaburan ke negeri ini,” katanya dalam makluman tersebut.

Jetson berkata LOI itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, penggearan, modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Saham Jetson ditutup tidak berubah pada 26.5 sen, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM71 juta.

Coelho

Related Posts

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

  • June 25, 2025
Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

  • June 25, 2025
Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit