Serba Dinamik didenda sehingga RM1.38 juta babitkan 10 pengarah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menegur Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan berkata jumlah denda dikenakan antara RM355,200 hingga RM1.38 juta ke atas 10 pengarah syarikat minyak dan gas bermasalah itu.

Serba Dinamik juga diminta untuk menyemak semula dan memastikan kecukupan serta keberkesanan fungsi pelaporan kewangan, selain melaksanakan semakan semula terhadap penghantaran laporan suku tahunan syarikat dan mematuhi keperluan latihan yang dibuat oleh Bursa Securities.

Dua pengarah Serba Dinamik iaitu Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif, Datuk Syed Nazim Syed Faisal masing-masing dikenakan denda paling tinggi iaitu RM1.38 juta.

Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Abdul Kadier Sahib didenda RM785,400 manakala Datuk Awang Daud Awang Putera, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Ishak, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Siti Zaleha Sulaiman didenda antara RM600,000 dan RM710,400.

Noor Azri Noor Azerai dan Abu Bakar Uzir, masing-masing didenda RM355,200 dan RM360,400.

Bursa Malaysia Securities melihat pelanggaran itu dengan serius memandangkan pendedahan penyata kewangan dan maklumat materian mengikut masa serta tepat adalah kewajipan asas syarikat tersenarai.

Ia juga perkara paling penting bagi memastikan pasaran yang adil dan teratur bagi saham-saham yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities, selain mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur.

Selain itu, adalah mandatori bagi syarikat-syarikat senaraian awam dan pengarahnya untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities.

  • Coelho

    Related Posts

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025