Raghad nafi bawa lari suaminya Taib Mahmud

  • News
  • February 6, 2024

KUALA LUMPUR: Isteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Raghad Kurdi Taib nafi dakwaan beliau mengeluarkan bekas Yang di-Pertua Sarawak itu dari sebuah hospital pakar ketika suaminya masih menerima rawatan.

“Itu tidak benar. Ini buktinya,” tulis Raghad pada hantaran Instagramnya yang turut melampirkan bersama nota juruwat.

Pada nota itu tertera ‘Nursing notes’ bertarikh 2 Februari dari wad unit rawatan rapi, tempat Abdul Taib dirawat.

Terdahulu, keluarga Abdul Taib membuat laporan polis meminta siasatan dibuat.

Abdul Taib dilaporkan tidak sihat dan memerlukan pemerhatian dan rawatan sewajarnya.

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Abdul Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Abdul Taib kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan diusung keluar dari hospital dan dibawa menaiki sebuah kenderaan.

Polis Sarawak hari ini mengesahkan menerima laporan Abdul Taib didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dipetik berkata, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 28 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 37 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat