TH umum dividen 3.1%

  • News
  • April 2, 2024

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1% bagi tahun kewangan 2023, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata agihan keuntungan itu membabitkam jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya.

Beliau berkata agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH dan juga selepas mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57%.

“Ini menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan selama 60 tahun sebanyak RM42.9 bilion sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH tahun 2023 di sini, hari ini.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula jam 12 tengah hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman.

Mengulas lanjut Mohd Na’im berkata, TH juga akan melunaskan zakat sebanyak RM101 juta kepada semua Majlis-majlis Agama Islam negeri-negeri bagi pihak pendeposit TH pada kadar 2.57 peratus untuk tahun 2023.

Katanya, TH berharap dengan pelunasan zakat ini, secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara.

“Dengan pelunasan zakat ini, pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima. Sehingga kini TH telah melunaskan zakat berjumlah RM1.37 bilion bagi pihak pendeposit.

Mengenai Program Zakat Wakalah TH, Na’im berkata TH menyantuni lebih 560,000 asnaf di seluruh negara tahun lalu dan secara keseluruhannya, lebih 1.6 juta asnaf menerima manfaat daripada Program Zakat Wakalah TH.

Coelho

Related Posts

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

  • News
  • April 18, 2025
  • 394 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

  • June 5, 2025
e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

  • June 4, 2025
Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025