Tengku Zafrul letak jawatan Bendahari UMNO Selangor

  • News
  • April 1, 2024

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Bendahari UMNO Selangor berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada individu yang boleh menyumbang dengan lebih efektif kepada kebangkitan parti di negeri itu.

“Pendekatan dan prinsip saya mudah: kalau saya tidak dapat menyumbang kepada perubahan positif atau penambahbaikan maka saya tidak harus memegang sesuatu jawatan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sewaktu dipilih sebagai ahli MKT UMNO dan Bendahari UMNO Selangor lebih setahun dahulu, beliau telah meletakkan satu matlamat utama untuk menyumbang kepada kebangkitan UMNO di negeri Selangor.

Katanya, Selangor ialah negeri yang amat penting untuk mana-mana parti politik bertapak – jika sesebuah parti tidak ada keberadaan yang kuat di Selangor, ia sukar digelar sebuah parti nasional atau parti untuk masa depan.

“Untuk mengelak hakikat ini, strategi ampuh sepatutnya perlu dirangka dengan ketetapan yang sesuai dengan realiti semasa. Keputusan pilihan raya negeri di Selangor tahun lepas sewajarnya menjadi tanda jelas bahawa sesuatu perubahan perlu dilaksanakan dengan segera.

“Tawaran kepada pengundi Selangor harus dibina dengan lengkap, kerjasama dengan parti-parti lain mesti diperkuat, bukannya dilemahkan atas angan-angan masalah Umno terletak pada hubungannya dengan parti lain, apatah lagi sedangkan hubungan itu sudah wujud di peringkat pusat,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi dan kepimpinan nasional tidak henti merangka jalan kebangkitan parti di peringkat pusat, malangnya pelaksanaan di Selangor hambar serta tidak sehaluan dengan tema di peringkat pusat.

Dalam catatan itu, beliau turut berkata akan tetap meneruskan tugasan, peranan sebagai Ketua Umno Bahagian dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang dipilih.

“Saya sentiasa mendoakan agar Allah SWT merestui perjuangan hakiki kita bersama dan semoga UMNO khususnya UMNO Selangor bertapak kembali di hati rakyat Negeri ini, insya-Allah,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 18, 2025
  • 275 views
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa negeri itu mahu mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan Affin…

  • News
  • April 17, 2025
  • 217 views
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

KUALA LUMPUR: Bangunan Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu bermula Khamis bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan tarikh pembukaan semula menara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

  • April 17, 2025
Presiden Xi menamatkan Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

  • April 15, 2025
TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait