Microsoft labur RM10.5 bilion bagi pembangunan awan dan AI Malaysia

KUALA LUMPUR: Microsoft mengumumkan pelaburan berjumlah RM10.5 bilion bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh empat tahun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ini merupakan pelaburan terbesar Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

“Satya memaklumkan bahawa gergasi teknologi Microsoft bersetuju untuk menambah pelaburan berjumlah RM10.5 bilion dalam tempoh tahun mendatang.

“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan kecerdasan buatan (AI), untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangunan sistem di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan kestabilan politik.

Katanya, pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara.

“Usai kunjungan hormat, saya dan Satya kemudiannya menghadiri Forum Kepimpinan AI Nasional.

“Kami sempat berdialog terkait perkara yang menyentuh hal teknologi yakni AI dan perancangan Kerajaan bagi mempersiapkan negara dengan arus perubahan ini.

“Semoga kerjasama Malaysia dan Microsoft ini dapat membawa manfaat yang cukup besar kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata, pihaknya bertekad untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan usaha itu membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

“Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu syarikat perniagaan, masyarakat dan pencipta perisian Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi terangkum dan mempelopori inovasi di seluruh negara,” katanya.

Satya berkata demikian dalam satu kenyataan semasa berucap pada Forum Kepimpinan Kebangsaan AI yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, hari ini.

Pelaburan infrastruktur digital itu juga melanjutkan Inisiatif Bersama Malaysia oleh Microsoft yang diumumkan pada April 2021 termasuk penubuhan sebuah pusat data serantau yang pertama di Malaysia dengan matlamat menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif.

Pelaburan yang diumumkan hari ini akan membolehkan Microsoft memenuhi permintaan bagi perkhidmatan pengkomputeran awan yang semakin meningkat di Malaysia, selain membolehkan negara merebut dan memanfaatkan pelbagai peluang untuk menggiatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti menerusi teknologi AI terkini.

Coelho

Related Posts

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

KUALA LUMPUR: Hextar Technologies Solutions Berhad muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Widad Group Berhad dengan pegangan sebanyak 23.03 peratus, berikutan perjanjian penjualan tanah di Nilai, Negeri Sembilan. Di bawah…

TNB Remaco peroleh kontrak bernilai RM705 juta selenggara loji di Kuwait

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO), menandatangani kontrak tujuh tahun bersama Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

  • April 18, 2025
Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi – Premier Sarawak

Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

  • April 18, 2025
Hextar muncul pemegang saham terbesar Widad berikutan penjualan tanah di Nilai

Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

  • April 18, 2025
Ringgit mengukuh dalam ketidaktentuan berterusan perang dagang AS-China

Menara KL ditutup sementara bermula Khamis

  • April 17, 2025
Menara KL ditutup sementara bermula Khamis