Menara Kuala Lumpur: Syarikat kerjasama LSH Capital terima konsesi 20 tahun daripada kerajaan

  • News
  • June 12, 2024

PETALING JAYA:Mahkamah Majistret hari ini merekodkan bantahan pihak pembelaan terhadap permohonan pihak polis untuk mendapatkan pengakuan salah daripada ibu kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Peguam yang mewakili wanita tersebut Mahmud Jumaat berkata, bantahan dibuat selepas anak guamnya dibawa oleh pihak polis hari ini untuk membuat permohonan di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

Bagaimanapun katanya, ibu Zayn tidak membuat pengakuan bersalah, sebaliknya memberikan keterangan di hadapan Majistret, Zhafran Rahim Hamzah.

“Pengakuan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh digunakan dalam mahkamah, kecuali pengakuan tersebut dibuat di hadapan majistret. Dalam kes ini prosedur dibuat PDRM untuk (mendapatkan) ada atau tidak pengakuan salah yang dibuat anak guam.

“Namun menariknya di sini, anak guam tidak membuat sebarang pengakuan salah sebaliknya beliau membuat keterangan kepada Majistret. Anak guam tekankan beliau tidak buat pengakuan salah sebaliknya memberi keterangan yang sangat berlainan dengan apa yang telah diuar-uarkan di luar sana,” katanya kepada media di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Terdahulu katanya, ibu kanak-kanak yang ditemui maut di sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai Disember lalu itu memberi keterangan selama lebih kurang sejam.

Prosiding tersebut berjalan secara tertutup.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Sementara itu, peguam bapa Zayn Rayyan turut memfailkan bantahan yang sama.

Fahmi Abdul Moin berkata, bantahan dibuat kerana permohonan prejudis terhadap anak guamnya dan berisiko menjejaskan kes pada masa akan datang.

Tambah beliau, pasukan pembelaan juga tidak dimaklumkan terlebih awal berkenaan permohonan polis pada hari ini.

“Asas bantahan kami dalam Kanun Tata Cara Jenayah tidak ada apa-apa dinyatakan proses yang jelas tentang permohonan seperti ini di mana kami juga bertanyakan pihak pegawai penyiasat tidak dimaklumkan lebih awal.

“Bantahan telah direkodkan pihak mahkamah, atas tidak ada apa-apa peruntukan khusus kami juga menyatakan ianya sangat perjudis terhadap dua anak guam yang tidak dibawa,” ujarnya.

Fahmi turut menyifatkan prosiding yang berlangsung pada hari ini sebagai luar biasa dan ‘illegal’.

Tempoh reman bagi kedua-dua ibu bapa Zayn Rayyan tamat pada esok.

Terdahulu mereka direman tujuh hari pada 1 Jun lalu.

Tempoh reman kemudian disambung enam hari lagi sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) mengumumkan bahawa kerjasama antara anak syarikatnya, LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd telah dipilih untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat kerjasama itu telah menerima surat daripada Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS), memaklumkan bahawa kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menganugerahkan konsesi 20 tahun kepada syarikat itu.

Katanya, usaha sama itu adalah 70% dimiliki oleh LSH Best Builders dan baki 30% oleh Service Master.

“Gabungan kekuatan dan kepakaran LSH Best Builders dan Service Master membolehkan usaha sama itu membuka kunci sinergi yang meningkatkan nilai dengan peningkatan kecekapan, inovasi yang lebih baik dan keupayaan untuk menyediakan rumusan yang dipertingkatkan dalam meremajakan semula Menara Kuala Lumpur,” katanya.

Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng berkata, pihaknya berbesar hati kerana dipilih oleh kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada destinasi telekomunikasi, hospitaliti dan pelancongan ikonik yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kerjasama LSH Best Builders dan Service Master membayangkan Menara Kuala Lumpur dengan pengalaman pelawat yang tinggi melalui pemodenan dan pengubahsuaian sambil meningkatkan potensi sebenar yang memberi penekanan kepada ruang untuk pengaturcaraan runcit, kebudayaan dan rekreasi.

“Kami teruja untuk menyampai dan melaksanakan visi Menara KL yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Menara Kuala Lumpur telah dibuka pada 1996, merupakan menara telekomunikasi etinggi enam tingkat dan 421 meter yang terletak di Jalan Bukit Nanas yang dibina untuk meningkatkan kualiti telekomunikasi an penyiaran di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menara Kuala Lumpur kini merupakan menara ketujuh tertinggi di dunia.

Coelho

Related Posts

  • News
  • April 9, 2025
  • 27 views
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan daripada bekas pengendali Menara Kuala Lumpur untuk perintah injunksi interim bagi menghentikan sementara pemberian konsesi kepada anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd, LSH…

  • News
  • April 8, 2025
  • 33 views
Hampir 95 peratus pekerja Menara KL terima tawaran syarikat konsesi baharu

KUALA LUMPUR: Hampir 95 peratus pekerja Menara Kuala Lumpur (Menara KL) sedia ada telah bersetuju menerima tawaran syarikat konsesi baharu LSH Service Masters Sdn Bhd (LSHSM), kata Ketua Pegawai Operasinya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

  • April 9, 2025
MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

  • April 9, 2025
Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

  • April 9, 2025
Mahkamah tolak permohonan Hydroshoppe sekat sementara konsesi Menara KL kepada anak syarikat LSH

HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat

  • April 9, 2025
HHRG Bhd gantung tugas CEO, Fong Chee Khuen dakwaan salah laku syarikat