Pasangan pempengaruh ditahan SPRM disyaki seleweng kutipan derma

  • News
  • July 11, 2024

PUTRRAJAYA: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman berhubung isu menyeleweng kutipan derma.

Turut dibawa bersama pasangan itu adalah dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Mereka dibawa menaiki van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tiba di Mahkamah Putrajaya pada jam 9.15 pagi.

Mereka yang diiringi pegawai SPRM dibawa ke aras dua dengan berpakaian warna oren dan bergari.

Menurut sumber, pasangan suami isteri itu ditahan SPRM pada jam 6.40 petang semalam bagi membantu siasatan, selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit, namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.

Sebelum ini tular di media sosial pasangan pempengaruh itu dikatakan membuat kutiapan derma dan mengambil komisen daripada kutipan itu dengan peratusan yang tinggi.

Mereka turut didakwa menjalani kehidupan mewah yang luar biasa hingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Malah, pempengaruh tersebut juga didakwa tidak melakukan audit terhadap hasil kutipan orang ramai.

Coelho

Related Posts

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

  • June 20, 2025
Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

  • June 20, 2025
SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

  • June 14, 2025
Kerajaan Salur RM30 Juta Bantu Media Tanggani AI dan Transformasi Digital

Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura

  • June 14, 2025
Shahriman mengaku tidak ambil tindakan walau tidak setuju dengan pembiayaan Menara Sapura