PAC mahu Kesuma bentang dapatan audit bebas HRD Corp

  • News
  • July 11, 2024

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) membentangkan penemuan dan dapatan hasil audit bebas terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) kepada pihaknya.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembentangan itu perlu dilakukan apabila Kesuma dan HRD Corp dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan pada September nanti.

Beliau berkata, langkah Kesuma melantik firma bebas mengaudit HRD Corp disifatkan tepat bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada syarikat jaminan kerajaan (CLBG) itu.

“PAC menyambut baik atas tindakan proaktif Menteri Sumber Manusia, Steven Sim melaksanakan pengauditan bebas terhadap HRD Corp berkaitan penemuan yang dilaporkan PAC dan Jabatan Audit Negara (JAN).

“PAC dimaklumkan Kesuma akan melantik firma audit bebas pada 31 Julai 2024 untuk melaksanakan pengauditan terhadap HRD Corp dan ia adalah langkah tepat yang diambil dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada Syarikat Jaminan Kerajaan (CLBG) itu.

Mas Ermieyati berkata kesanggupan Steven melantik firma audit bebas walaupun dapatan LKAN dan PAC itu bukan ketika beliau menjadi menteri juga harus menjadi contoh kepada anggota Jemaah Menteri lain.

Terdahulu, Sim dalam satu kenyataan semalam mengumumkan, Kesuma akan melantik juruaudit profesional sebagai pihak ketiga bagi melakukan audit bebas ke atas HRD Corp.

Tindakan itu diambil bagi memastikan ketelusan dalam proses berkenaan.

Katanya, audit bebas akan meneliti segala proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang serta sebarang garis panduan dalam isu dibangkitkan dalam laporan JAN dan PAC.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

  • November 15, 2025
SPRM Jejak Adam Radlan Berhubung Siasatan Baharu Projek Lebuh Raya MEX 2 — Selepas Bebas Tuduhan Jana Wibawa

Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

  • October 27, 2025
Malaysia to Host World’s Largest Post-Quantum Cryptography Conference

Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

  • October 27, 2025
Malaysia Anjur Persidangan Kriptografi Pasca-Kuantum Terbesar Dunia

Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

  • October 7, 2025
Kes Revenue Group: Mahkamah Tangguh 3 Minggu Selepas Representasi Peguam Diterima

Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah

  • October 3, 2025
Solarvest, Press Metal Tandatangan PPA RM380 juta Dengan SESCO Untuk Loji Solar 100MW Mukah