7 Syarikat Tipu Tender Mindef Dikenakan Denda Rm446,000

  • News
  • September 5, 2024

KUALA LUMPUR: Tujuh syarikat dikenakan penalti berjumlah RM446,092.95 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) selepas didapati terbabit kegiatan kartel tipuan bida berkait empat tender ditawarkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang bernilai kira-kira RM20 juta.

Ia membabitkan tender APAK, iaitu perkhidmatan senggaraan pengisian semula, bekalan dan pemasangan alat ganti pemadam api kecil untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Selain itu, mereka juga terbabit dalam tender ELSA, iaitu perolehan perkhidmatan senggaraan dan pembekalan alat ganti, antaranya membabitkan alat bantuan pernafasan kecemasan dan alat pernafasan udara untuk TLDM.

Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail, berkata penalti itu dikenakan susulan suruhanjaya itu mengeluarkan keputusan dapatan pelanggaran terhadap tujuh perusahaan terbabit selepas dikesan bersalah melanggar empat tender berkenaan pada 2017 dan 2020.

“Keputusan dapatan pelanggaran ini dikenakan terhadap syarikat Agenda Eksklusif Sbd Bhd (AESB); Star Apex Enterprise (SAE); Nekad Waja Resources (NWR); Spectron Sdn Bhd (SSB); Teknokrat Makmur Enterprise (TME); Prospectrum Sdn Bhs (PSB) dan NK Panorama Enterprise (NKPE).

“AESB, SAE dan NWR terbabit dalam semua empat tender, manakala SSB terbabit dalam dua tender, serta masing-masing satu tender bagi TME, PSB dan NKPE,” katanya pada sidang media, hari ini.

Coelho

Related Posts

  • News
  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Australia terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pembangunan utama rantau ini apabila mengumumkan tambahan bantuan kemanusiaan bernilai AU$10 juta (RM31 juta) bagi menyokong kesiapsiagaan bencana dan…

Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025
Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

  • July 11, 2025
SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham