Khazanah, PNB hanya untung RM3.1 juta hasil jual saham Fashion Valet

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) hanya untung sebanyak RM3.1 juta selepas menjual pegangan saham kolektif mereka dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu adalah kerugian besar daripada pelaburan asal RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta, kedua-duanya untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), pelaburan itu adalah sebahagian inisiatif Khazanah pada waktu itu untuk memupuk usahawan teknologi tempatan dan mendapatkan pendedahan kepada pelaburan dalam sektor e-dagang yang kian berkembang.

Kata kenyataan itu, bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah menjejaskan perniagaan Fashion Valet dan lanjutan daripada itu, ia memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.

“Pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia dan pelaburan ke dalam syarikat Fashion Valet bertujuan menyokong rancangan pertumbuhan perniagaan.

“Pada akhir 2023, NXBT Partners menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet serta menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat itu.

“Justeru, semua pemegang saham bersetuju menerima tawaran berkenaan,” kata MoF dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Kementerian itu menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai jumlah pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet serta jumlah kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham dalam syarikat itu.

Menurut MOF, jumlah kerugian yang ditanggung daripada penjualan saham Fashion Valet adalah amat kecil, berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan.

“Penjualan itu adalah langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada Fashion Valet kepada pelabur strategik yang akan dapat terus membantu Fashion Valet untuk menyelesaikan keperluan pembiayaannya secara holistik dan mengembangkan semula perniagaan dalam keadaan industri yang mencabar,” katanya.

NXBT Partners Sdn Bhd, sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dikawal oleh Afzal Abdul Rahim, CEO TIME dotCom Bhd.

Pemegang saham kedua terbesar ialah Datuk Fadzarudin Shah Anuar, suami kepada Datin Vivy Yusof, memegang 17.65%, diikuti oleh MyEG Capital Sdn Bhd — anak syarikat MyEG Services Bhd — dengan pegangan 5.78%.

Diasaskan bersama Vivy dan Fadzarudin, FashionValet pada mulanya menumpukan pada barangan fesyen pihak ketiga sebelum melancarkan jenama pakaian sederhananya sendiri, dUCK dan Lilit.

Syarikat itu telah mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 (FY2022), ia mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM34.51 juta — lebih tiga kali ganda kerugian RM9.63 juta pada FY2021 — apabila hasil turun 10.38% kepada RM106.62 juta daripada RM118.97 juta.

Pada FY2020, syarikat itu melaporkan kerugian selepas cukai sebanyak RM12.37 juta pada pendapatan RM84.5 juta.

Coelho

Related Posts

HELIOS SOLAR AG Launches IPO Subscription at EUR 4.00 Per Share, Targets Up to EUR30.4 Million

Munich, 26 June 2026 — HELIOS SOLAR AG has officially launched the subscription period for its Initial Public Offering (IPO), offering investors the opportunity to subscribe for shares at a…

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

  • September 5, 2026
Zetrix AI Lepas seluruh 16.9% pegangan HeiTech Padu, transaksi dianggarkan RM27.5 Juta

AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

  • September 4, 2026
AIM Kecilkan Operasi Farmasi kepada Empat Cawangan Selepas Kerugian Terus Melebar

Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

  • August 20, 2026
Kerajaan Intai Pengambilalihan ‘Jantung’ NexG, Datasonic Technologies Dinilai RM7.5 Bilion

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

  • August 10, 2026
Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

  • August 10, 2026
HASiL Terima Peruntukan RM100,000 Naik Taraf SK Kuala Perlis Menerusi Sekolah Angkat MADANI

DPS Resources, Hangyue Rancang Pusat Data 89MW di Melaka, Sasar Tarik Perusahaan China

  • August 7, 2026