Kerajaan perkenal insentif cukai istimewa tarik pelaburan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan kadar cukai korporat isitimewa 5% bagi tempoh sehingga 15 tahu menerusi pakej insentif cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bagi menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor mulai 1 Januari lalu.

Selain itu, insentif tambahan bagi operasi di kawasan utama JS-SEZ dan kadar cukai istimewa untuk pekerja berpengetahuan sebanyak 15% bagi tempoh 10 tahun.

Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan bersama berkata, pakej insentif JS-SEZ sebagai ikhtiar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara.

“Menerusi pakej insentif ini, syarikat yang membuat pelaburan baharu dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang layak seperti kecerdasan buatan (AI) dan perkomputeran kuantum, peralatan perubatan, aeroangkasa serta perkhidmatan hab global, berpeluang menikmati kadar cukai istimewa 5.0 peratus bagi tempoh sehingga 15 tahun.

“Selain itu, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembangunan, di mana insentif tambahan diperuntukkan untuk perniagaan yang beroperasi di kawasan utama yang telah ditentukan di JSSEZ.

“Kadar cukai istimewa untuk pekerja berpengetahuan juga ditawarkan dengan kadar cukai istimewa 15 peratus bagi tempoh 10 tahun diperuntukkan untuk pekerja berpengetahuan yang layak di JS-SEZ,” menurut kenyataan bersama itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pakej insentif JS-SEZ memberikan rangsangan untuk meningkatkan kedudukan Johor sebagai destinasi pelaburan global.

Katanya, inisiatif ini selaras dengan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang diumumkan dalam Belanjanwan 2025, bertujuan merangsang ins]dustri bernilai tinggi dengan pertumbuhan mampan.

Selain pakej insentif cukai, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk memperkenalkan duti hiburan pada kadar yang lebih rendah bermula 1 Januari 2025.

“Dengan pelbagai kelebihan yang dimiliki oleh negeri ini, JS-SEZ akan memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab perdagangan dan maritim utama di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata pakej insentif cukai JS-SEZ mencerminkan komitmen kerajaan untuk untuk menjadi destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Bagi memudah cara proses permohonan pelaburan yang lebih pantas di JS-SEZ, kerajaan menubuhkan Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) untuk menyelaras proses pelaburan secara menyeluruh, meliputi permohonan dan kelulusan, fasilitasi pelaburan serta pelaburan semula.

Butiran lanjut mengenai insentif cukai dan zon flagship akan diumumkan dalam masa terdekat.

Coelho

Related Posts

Prospek Ringgit Cerah, Penganalisis Jangka Pengukuhan Berterusan Hingga Pertengahan 2026

KUALA LUMPUR — Mata wang ringgit dijangka terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang, dengan potensi untuk mengukuh ke paras sekitar RM3.93 berbanding dolar Amerika…

Emas catat lonjakan luar biasa, prestasi terbaik hampir lima dekad

Pasaran logam berharga dunia mencatat sejarah baharu apabila harga emas berada di landasan untuk merekodkan prestasi tahunan terbaik dalam hampir 50 tahun, didorong gabungan faktor monetari, geopolitik dan permintaan pelaburan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

  • January 23, 2026
KRONOLOGI kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM

Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

  • January 20, 2026
Siasatan SPRM Tambah Risiko Pelaksanaan Tawaran Sunway ke atas IJM, Sentimen Pasaran Dijangka Tertekan

China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

  • January 18, 2026
China Sekat Kemasukan Cip AI Nvidia H200, Rantaian Bekalan Global Terganggu

PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

  • January 18, 2026
PERDASAMA bantah cadangan ambil alih Sunway ke atas IJM, bimbang risiko terhadap ekuiti bumiputera dan dana awam

Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

  • January 16, 2026
Langgar Peraturan: Anak Syarikat Genting Plantations Didenda Pihak Berkuasa Indonesia

Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan

  • January 16, 2026
Kes Rasuah RM2.8 Juta: Mahkamah Lepas dan Bebaskan Bung Moktar, Tuduhan Terhadap Zizie Izette Diteruskan