Malaysia sedia berunding isu Laut China Selatan dengan China

  • News
  • April 3, 2023

PUTRAJAYA: Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China, Xi Jinping sempena lawatan rasminya ke negara berkenaan, baru-baru ini turut membangkitkan berkenaan isu pertikaian Laut China Selatan.

Anwar berkata, beliau membangkitkan isu terbabit kerana syarikat minyak dan gas negara, Petronas memiliki pelantar cari gali terbesar yang beroperasi di kawasan berkenaan.

“Malah dalam beberapa isu lain agak sensitif seperti Laut China Selatan, dengan Presiden China saya membangkitkan kerana Petronas ada pelantar terbesar yang pernah disediakan di negara kita dan meneruskan projek cari gali di situ.

“(Hal) ini bercanggah kerana di kawasan itu ada tuntutan yang sama dari China dan saya beritahu bahawa sebagai negara kecil yang memerlukan sumber, maka minyak dan gas, kita terpaksa teruskan tetapi kalau syaratnya harus ada rundingan, maka kita sedia berunding,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau turut menyentuh isu Myanmar dan pelarian Rohingya walaupun mengetahui China mengamalkan dasar tidak campur tangan.

Jelasnya, Malaysia juga tidak berhasrat untuk campur tangan, namun kini terdapat lebih 200,000 pelarian etnik Rohingya di negara ini.

“China rapat dengan Myanmar tetapi dasar mereka tidak campur tangan, saya katakan kita pun tidak bermaksud campur tangan urusan sistem dia, kita perkenalkan sistem kita.

“Tetapi ada hampir 200,000 pelarian Rohingya di sini. Jadi sama ada kita suka atau tidak, apa yang berlaku di Myanmar, yang menafikan hak penduduk Myanmar sendiri termasuk Rohingya, itu beri kesan kepada kita,” katanya.

Anwar berkata, beliau memaklumkan kepada Jinping bahawa Myanmar sendiri tidak mahu menerima hampir 200,000 pelarian terbabit.

“Ini satu negara yang tidak terima rakyat dia, dianiayai, dimusnahkan rumah mereka sebagainya.

Sekurang-kurangnya kita lahirkan (pandangan kita) dan tentunya jawapan pimpinan China, mereka akan teruskan rundingan dengan Myanmar,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit