MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

KUALA LUMPUR: MGB Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, MGB Construction and Engineering Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM194.72 juta bagi projek pembangunan di Cameron Highland, Pahang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata surat anugerah (LOA) itu diterima daripada LYK Architect Sdn Bhd, mewakili Casa Inspirasi Sdn Bhd.

Projek pembangunan di atas tapak seluas 1.67 hektar (4.12 ekar) di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang itu merangkumi bangunan restoran makanan segera setinggi dua tingkat bagi fasa satu, manakala fasa dua termasuk bangunan apartment servis setinggi 22 tingkat.

Kedua-dua fasa akan bermula pada 17 Februari 2025 bagi tempoh 28 bulan.

“Dengan adanya kontrak ini, nilai perolehan kontrak yang sebelum selesai semasa bagi kumpulan ini adalah kira-kira RM1.27 bilion.

“Kontrak ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan tetapi ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat dan kumpulan sepanjang kontrak terbabit,” katanya.

Coelho

Related Posts

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah memuktamadkan perjanjian kerjasama dengan Ipoh Sentral Sdn Bhd (ISSB) bagi melaksanakan projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) Ipoh Sentral yang dianggarkan bernilai…

SkyGate Tingkat Pegangan dalam SkyGate Integration kepada 95%, Dimeterai Melalui Perjanjian RM9.8 Juta Saham

KUALA LUMPUR, 11 Julai – SkyGate Solutions Bhd bakal mengukuhkan kedudukannya dalam sektor teknologi dan telekomunikasi selepas menandatangani perjanjian baharu bagi meningkatkan pegangan dalam SkyGate Integration Sdn Bhd kepada 95%.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

  • July 12, 2025
MRCB Muktamadkan Usahasama RM6.25 Bilion Pembangunan Ipoh Sentral

Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

  • July 12, 2025
Penyertaan UK dalam CPTPP buka peluang baharu untuk PKS Malaysia, kata Tengku Zafrul

Australia Perkukuh Peranan Serantau, Salur AU$10 Juta untuk Krisis Kemanusiaan dan Kesiapsiagaan Bencana

  • July 11, 2025