Pencarum KWSP yang layak boleh pinjam bank mulai 7 April

  • News
  • April 3, 2023

KUALA KUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai tabungan minimum bernilai RM3,000 dalam Akaun 2 layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini.

KWSP dalam kenyataan berkata, pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan itu akan dilaksana dalam dua fasa.

Fasa pertama membabitkan pencarum berumur 40 tahun ke atas. Permohonan bagi kemudahan itu akan kekal dibuka selama setahun, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Ahli yang memenuhi kriteria boleh membuat permohonan menerusi dua bank tempatan iaitu Bnak Simpanan Nasional (BSN) dan MBSM Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) di antara 4% hingga 5%, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

“Pencarum KWSP yang berhasrat membuat pinjaman itu boleh melayari sesawang https://fsa2.kwsp.gov.my mulai esok, 5 April bagi menyemak kelayakan dan nilai pinjaman.

“KWSP akan memperincikan lagi mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KWSP juga memaklumkan, bagi fasa dua ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian.

Malah, FSA2 adalah kemudahan yang bertujuan membantu pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

“Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

“Bagaimanapun, pengeluaran ini terbuka kepada pencarum berusia 40 hingga 50 itu adalah bersyarat adalah bersyarat, di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta,” katanya.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan itu tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

  • Coelho

    Related Posts

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan. Beliau…

    FGV kembali catat untung bersih pada suku tahun pertama sebanyak RM36.48 juta

    KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd kembali mencatatkan untung bersih sebanyak RM36.48 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) berbanding kerugian bersih RM13.49 juta yang dicatatkan pada suku sama…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    • June 25, 2025
    Kemunculan Irelia tak gugat cengkaman Tan Sri Cheng ke atas Parkson, Saham Naik 24%

    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    • June 25, 2025
    Bekas COO Prolintas didenda RM100,000 kerana gagal lapor rasuah, aset Lebih RM1 Juta dilucut hak

    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    • June 20, 2025
    Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit

    • June 20, 2025
    SDB saman EY RM1.97 bilion atas dakwaan cuai dalam kerja audit