Pemegang saham HHRG minta EGM, usul singkir lima pengarah

KUALA LUMPUR: Pemegang saham HHRG Bhd, Digital Trustees Bhd, telah mengemukakan permintaan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menyingkirkan lima pengarah syarikat dan melantik tiga ahli baharu ke dalam lembaga pengarah.

HHRG dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa permintaan bertulis itu diterima pada 14 Mac 2024 daripada Digital Trustees, yang memiliki lebih daripada 10 peratus kepentingan dalam syarikat.

Permintaan itu melibatkan penyingkiran Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Guok Ngek Seong, Abdul Rahman Din, Chan Hon Lee Woo dan Ju Siew daripada Lembaga Pengarah.

Dalam masa sama, Digital Trustees mencadangkan pelantikan Zam Azri Mohamed Zam Zamil, Dr Mazlan Ahmad dan Low Xhu Hern sebagai pengarah baharu HHRG.

Sementara itu, dalam pemfailan berasingan, HHRG memaklumkan bahawa dagangan sekuriti syarikat itu dihentikan sementara pada jam 9.01 pagi, Isnin, 17 Mac 2025, sebelum disambung semula sejam kemudian pada 10.01 pagi. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

AmanahRaya REIT Catat Prestasi Kukuh Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

Pendapatan Terealisasi Sebelum Cukai Meningkat 69%, Disokong Pendapatan Hartanah Bersih dan Pengurangan Kos Pinjaman KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) melaporkan keputusan kewangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

  • May 29, 2025
Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

  • May 29, 2025
Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

  • May 28, 2025
Microsoft komited jadikan Malaysia hab utama AI di rantau Asia

Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo

  • May 28, 2025
Toyota akan bina ibu pejabat terbaharu di Tokyo