Syarikat berlian Lubnan saman semula Rosmah RM67.5 juta

Syarikat barangan kemas Lubnan Global Royalty Trading SAL memfailkan saman bernilai RM67.461 juta terhadap Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri, Najib Razak.

Firma itu meminta pemulangan barang kemas yang didakwa dihantar kepada isteri bekas perdana menteri itu untuk tujuan pameran.

Sebagai ganti, firma itu meminta kos barang kemas itu pada RM67,461, 027 (bersamaan dengan AS$14,567, 270).

Kenyataan tuntutan itu difailkan bagi pihak Global Royalty oleh firma guaman David Gurupatham and Koay.

Pada 2019, firma itu memfailkan saman untuk 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta tetapi kemudian menarik balik saman tersebut.

Dalam saman asalnya, Global Royalty mendakwa pada 10 Feb 2018, firma itu menghantar 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 (RM519,183) dan AS$925,000 (RM3. 8 juta) kepada defendan, yang diserahkan sendiri melalui dua ejennya.

Syarikat itu berkata Rosmah telah mengakui penerimaan barangan kemas tersebut.

Syarikat itu mendakwa Rosmah, menerusi surat bertarikh 22 Mei 2018, turut mengesahkan dan mengakui penerimaan barang kemas itu tetapi menyatakan kesemua barang kemas itu tidak lagi berada dalam simpanannya kerana disita dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

  • Coelho

    Related Posts

    Public Bank jalin kerjasama dengan Jati Tinggi pasang panel solar RM14.88 juta

    KUALA LUMPUR: Public Bank dan Jati Tinggi Group Berhad (Jati Tinggi) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memasang sistem panel solar fotovoltaik (PV) bernilai RM14.88 juta. Menerusi memorandum itu, Jati Tinggi,…

    Sapura Energy peroleh kontrak Pan Malaysia daripada Petronas Carigali

    KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Sapura Energy Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd memperoleh kontrak penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Pan Malaysia, daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Dalam kenyataannya semalam,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025