Nazir Razak bersara Pengerusi Bank Pembangunan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Nazir Razak akan bersara dari jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) pada 22 April ini selepas dua tahun dilantik ke jawatan itu.

Nazir berkata, terima kasih diucapkan kepada kerajaan atas peluang untuk berkhidmat di BPMB selama dua tahun ini.

“Dalam tempoh ini, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuhkan pasukan pengurusan kami, memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus, yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu.

“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 (rancangan transformasi tiga tahun) dan juga rangka kerja Measuring Impact on National Development (MIND), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nazir, yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan kemudiannya Pengerusi CIMB Group, menyertai BPMB pada 2021 dengan matlamat untuk menyelia penggabungan yang dirancang antara institusi kewangan pembangunan (DFI) Malaysia.

Fasa 1, iaitu penggabungan antara Danajamin Berhad dan BPMB telah diselesaikan pada tahun 2023, dan fasa 2 -penggabungan dengan SME Bank dan EXIM Bank, masih menjadi sebahagian

daripada perancangan konsolidasi DFI, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2020.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan BPMB untuk masa depan.

“BPMB mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai potensi untuk memberi impak yang lebih besar atas pembangunan negara,” katanya.

Nazir berkata, selepas persaraan ini, masa beliau akan tertumpu kepada pelaburan ekuiti swasta ASEAN yang diusahakan dan juga peranan barunya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan (Business Advisory Council) ASEAN Malaysia.

  • Coelho

    Related Posts

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    KUALA LUMPUR – Perbicaraan petisyen pembubaran Sapura Holdings Sdn Bhd terus menarik perhatian apabila keterangan yang dikemukakan menunjukkan kekeliruan dan pendirian tidak konsisten oleh pengarah syarikat, Shahriman Shamsuddin, dalam isu…

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatatkan penurunan 79.5% untung selepas cukai (PAT) sebanyak RM2.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM12.47 peratus pada 2023. Perolehan juga menurun 5.9…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    • June 5, 2025
    e-Invois dikecualikan buat masa ini untuk pembayar cukai dengan jualan tahunan bawah RM500,000 – LHDN

    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    • June 4, 2025
    Pendirian tidak konsisten Shahriman dedah kepincangan pembubaran Sapura Holdings

    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    • May 29, 2025
    Hampir 80% penurunan untung selepas cukai dicatat BDB bagi tahun kewangan 31 Dis 2024

    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025

    • May 29, 2025
    Farm Fresh catat peningkatan untung bersih 18.5% kepada RM28.4 juta pada suku keempat 2025