Ringgit kekal rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama dagangan bulan ini dan diramal bergerak sekitar paras RM4.46 hari ini berikutan sentimen pasaran yang kekal tidak menentu, menurut seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4645/4680 berbanding mata wang negara maju daripada 4.4600/4645 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peniaga masih berbelah bagi sama ada Rizab Persekutuan AS mungkin mengubah pendirian terhadap dasar monetari AS pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang.

Beliau berkata pasaran akan memantau rapat keputusan FOMC dengan kebanyakan ahli ekonomi mengunjurkan peningkatan 25 mata asas.

“Selain itu, data di AS terus menunjukkan sentimen pasaran masih lemah. Indeks ISM bagi sektor pembuatan meningkat sedikit kepada 47.1 mata pada April, namun berada di bawah garisan sempadan 50 mata selama enam bulan.

“Keadaan ini menunjukkan perniagaan di AS kekal berwaspada dan mungkin memberi kesan kepada keputusan mereka dari segi pengambilan pekerja. Oleh itu, banyak pihak yang akan memantau data senarai gaji bukan ladang pada Jumaat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2488/2516 daripada 3.2770/2805 pada penutupan Jumaat dan menokok berbanding peso Filipina kepada 8.04/8.06 daripada 8.05/8.06 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit dibuka rendah berbanding euro kepada 4.9034/9072 daripada 4.9011/9060 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.5793/5837 daripada 5.5558/5614 sebelum ini.

Unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.

Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 304.2/304.5 daripada 303.9/304.3 pada Jumaat lepas, menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3409/3438 daripada 3.3351/3387 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.0656/0800 daripada 13.0612/0801 sebelumnya.

Pasaran ditutup semalam bersempena dengan Hari Pekerja.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028