MOSTI sedia platform MOSP untuk mudahkan bidang penyelidikan

CYBERJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memulakan platform perkongsian data penyelidikan mentah sebagai melalui laman sesawang www.mosp.gov.my.

Platform tersebut dikenali sebagai Platform Sains Terbuka Malaysia (Malaysia Open Science Platform), MOSP, telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Haji Yusof baru-baru ini.

Menurut Fadillah, platform ini bakal mempercepatkan penyelidikan dan penyelesaian, walaupun dengan sumber manusia yang agak terhad.

“Melalui MOSP, Malaysia akan dapat mempercepatkan penyelidikan dan penyelesaian walaupun dengan sumber-sumber manusia yang terhad, memupuk kerjasama pelbagai disiplin dan antarabangsa serta menjimatkan sumber dengan mengurangkan pertindihan dan pembiayaan semula projek penyelidikan yang serupa,”katanya.

MOSTI juga menjangkakan MOSP mampu merapatkan jurang antara penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan bagi meningkatkan keupayaan inovasi di Malaysia.

Selain itu, amalan sains terbuka juga akan menjadi pemangkin penting dalam ekosistem R&D yang akan membuka masa depan baharu dalam landskap penyelidikan di Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 10 bidang penyelidikan tersedia di MOSP melibatkan Biologi, Kimia dan Sains Matematik, Fizik, Kejuruteraan dan Sains Material, Sains Pertanian, Veterinar dan Makanan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi, Perubatan dan Sains Kesihatan, Iklim, Alam Sekitar Dan Biodiversiti, Tenaga, Perniagaan, Kewangan dan Ekonomi, Bahasa dan Pendidikan, Seni dan Sains Sosial.

MOSP mempunyai lebih daripada 1,000 set data penyelidikan dan sedang bergerak ke arah menghubungkan lebih banyak repositori dalam masa hadapan, seperti Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS) dan Sistem Repositori Data Institut Kesihatan Kebangsaan.

Pada Jun 2023, MOSP akan diiktiraf untuk Pengiktirafan Kecemerlangan Malaysia, anjuran OpenGov Asia.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    • March 6, 2026
    CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Pegangan MoF Inc Dalam DNB

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal