Ringgit terus lemah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh, didorong oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi perbincangan siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.5790/5820 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.5700/5750.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata siling hutang kerajaan AS terus menjadi perhatian kerana ahli politik masih belum mencapai persetujuan untuk menaikkan had hutang, yang mana kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kemungkiran dalam obligasi hutang.

“Pada 129 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, hutang kerajaan AS adalah besar dan oleh itu sebarang kemungkiran boleh menjejaskan seluruh pasaran global.

“Namun begitu, dolar AS masih disifatkan sebagai mata wang selamat dan pada masa ketidaktentuan, peserta pasaran akan cenderung untuk mendapatkan perlindungan dengan memegang lebih banyak dolar,” katanya.

Beliau turut menyatakan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi 103.488 mata.

Oleh itu, ringgit diunjurkan kekal lemah, pada 4.5725 berbanding dolar AS dengan paras rintangan pada RM4.6257, tambah beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.6894/6931 daripada 5.6577/6639 pada Selasa, turun berbanding euro kepada 4.9325/9357 daripada 4.9251/9305 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.3059/3083 daripada 3.3006/3044 semalam.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit turut diniagakan rendah.

Ringgit turun berbanding rupiah Indonesia pada 307.7/308.1 daripada 307.1/307.7 pada penutup Selasa dan merosot nilai kepada 3.3994/4021 daripada 3.3920/3962 berbanding dolar Singapura semalam.

Mata wang tempatan turun sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 berbanding 8.20/8.21 daripada penutup Selasa dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2341/2481 daripada 13.1712/1920 sebelumnya

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028