Bursa Malaysia naik sedikit pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini, disokong oleh belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan harga yang lebih rendah selepas kerugian baru-baru ini di kaunter tertentu telah menarik minat pelabur.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.96 mata kepada 1,410.58 daripada 1,409.62 pada penutup semalam.

Indeks barometer dibuka pada tahap 1,408.94, turun 0.68 mata.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 205 berbalas 123, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 201.88 juta unit bernilai RM71.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, rundingan yang lebih lama daripada jangkaan mengenai siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus mencetuskan kebimbangan dalam pasaran tempatan dan serantau.

“Walau bagaimanapun, aktiviti memburu saham murah dijangka muncul dalam kaunter yang mempunyai prospek menggalakkan di tengah-tengah musim pelaporan pendapatan yang berterusan.

“Bagi komoditi, minyak mentah Brent didagangkan melebihi AS$78 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar melepasi RM3,400 satu tan dan emas pula melebihi AS$1,950 setiap auns,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 5.0 sen kepada RM8.61, Petronas Chemicals menambah 6.0 sen menjadi RM7.01, Tenaga Nasional naik 5.0 sen untuk mencatatkan harga RM9.57 dan CIMB Group menokok 2.0 sen kepada RM5.00, manakala Public Bank tidak berubah pada RM3.92.

Bagi kaunter aktif, Parkson Holdings meningkat 2.5 sen kepada 17.5 sen, Iris Corporation mengembang 1.0 sen kepada 11.5 sen manakala Bahvest Resources, Tanco Holdings dan Kanger International masing-masing memperoleh setengah sen kepada 19.5 sen, dan 55.5 sen sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 4.40 mata kepada 10,344.88 dan Indeks FBMT 100 mengukuh 4.86 mata kepada 10,048.55 manakala Indeks FBM Emas Syariah turun 6.35 mata kepada 10,710.44.

Indeks FBM 70 susut 1.75 mata kepada 13,507.51 dan Indeks FBM ACE turun 4.23 mata kepada 4,943.57.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.34 mata kepada 164.34, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 36.35 mata menjadi 15,385.68, manakala Indeks Perladangan berkurangan 47.02 mata kepada 6,889.65 dan Indeks Tenaga menguncup 2.07 mata kepada 828.07.

  • Coelho

    Related Posts

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    MUNICH, 3 Jun — Syarikat tenaga solar yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara, Helios Solar AG, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Frankfurt Stock Exchange dengan jangkaan…

    Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

    KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

    • June 9, 2026
    Cypark raih sehingga RM52.66 juta menerusi tawaran persendirian untuk biayai projek TBB

    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    • June 8, 2026
    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    • June 3, 2026
    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    • June 3, 2026
    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    • June 3, 2026
    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    • May 29, 2026
    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa