K’jaan kaji kawal selia keselamatan aplikasi, peranti penjawat awam – Fahmi

  • News
  • March 6, 2023

Satu kaedah kawal selia atau garis panduan untuk menjamin keselamatan aplikasi dan peranti yang diguna pakai penjawat awam, terutama anggota pentadbiran, bagi menjamin kerahsiaan kerajaan akan diteliti, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Cyber Security Malaysia (CSM) telah diminta meneliti beberapa aspek penting berhubung isu keselamatan melibatkan penggunaan aplikasi media sosial di pejabat dan agensi kerajaan.

Menyuarakan keprihatinannya, Fahmi berkata isu penggunaan aplikasi seperti TikTok, Facebook dan media sosial lain di tempat kerja secara tidak langsung mendedahkan perkara bersifat rahsia dan sensitif yang dibincangkan dalam mesyuarat.

“Saya minta CSM teliti aspek keselamatan semua aplikasi media sosial kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa pelanggaran terhadap Akta Rahsia Rasmi contohnya sering kali penjawat awam bertugas berdepan dengan keadaan iaitu dokumen yang dipegang bersifat terkelas. Jadi aspek keselamatan itu sangat penting.

“Kedua adalah dari segi membuat penggambaran (kandungan media sosial), adakah tempat itu dibenarkan atau tidak. Itulah antara beberapa perkara yang masih perlu diteliti,” katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya hari ini.

Fahmi berkata perbincangan akan diadakan di peringkat KKD setelah CSM membuat penilaian dan perbincangan itu akan diperluaskan kepada kementerian dan agensi lain untuk menyediakan rangka kawal selia untuk aplikasi dan peranti yang digunakan oleh penjawat awam.

“Perkara ini masih ditahap penelitian dan penilaian serta (perlu) mengadakan siri perbincangan… masih belum membuat apa-apa keputusan kerana ia merupakan proses yang panjang,” katanya.

Mengambil maklum sesetengah negara telah membuat keputusan berhubung aspek keselamatan berkenaan, Fahmi berkata KKD akan mengkaji asas dan keputusan yang dibuat supaya ia dapat difahami untuk diaplikasikan dalam konteks Malaysia atau menyediakan pilihan bersesuaian.

Fahmi berkata agensi seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahaya scammer (penipu) serta meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil platform media sosial yang masih disalahgunakan scammer untuk melakukan jenayah.

Beliau turut menasihati warga KKD supaya kerap menukar kata laluan di komputer masing-masing supaya data-data tidak dicuri.

Sementara itu, Fahmi berkata keputusan Amazon Web Services (AWS) melabur RM25.5 bilion untuk membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia merupakan satu kayu ukur tahap sentimen dalam kalangan pelabur dan memberi petanda positif bahawa Malaysia di landasan yang betul dalam memulihkan keyakinan pelabur.

– Bernama

  • Sequeira

    Related Posts

    • News
    • September 10, 2024
    • 28 views
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    KUALA LUMPUR: Syarikat pemborong dan peruncit, Mydin Mohamed Holdings Bhd didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menjual kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan (KKM), tahun lalu. Majistret…

    • News
    • September 10, 2024
    • 25 views
    Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia

    KUALA LUMPUR: Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK). Kematiannya pada usia 74 tahun disahkan oleh abangnya, Raja Idris, pagi tadi, menurut portal FMT.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    • September 11, 2024
    Terengganu Inc, TNB Genco Bekerjasama Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Tasik Kenyir

    The ART of Deception? – Ernest Wong

    • September 10, 2024
    The ART of Deception? – Ernest Wong

    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    • September 10, 2024
    Mydin Didenda RM20,000 Jual Kosmetik Tanpa Notifikasi KKM

    Idris Buang: Kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, kestabilan politik jika Petronas bawa Sarawak ke mahkamah

    • September 10, 2024
    Idris Buang: Kesan negatif kepada ekonomi Malaysia, kestabilan politik jika Petronas bawa Sarawak ke mahkamah

    ‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

    • September 10, 2024
    ‘Abang Bas’ Didakwa Lakukan Amang Seksual

    Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia

    • September 10, 2024
    Penulis Blog, Raja Petra Meninggal Dunia