AirAsia tawar 62 penerbangan tambahan sempena Aidilfitri

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan 62 penerbangan tambahan pada tambang tetap ke tujuh destinasi di Sabah dan Sarawak bermula 19 hingga 30 April ini sempena Aildilfitri ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata harga tiket ditawarkan ialah RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu.

“Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media di sini hari ini, selain menambah tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 30 April ini untuk perjalanan bermula 19 hingga 21 April dan 20 hingga 30 April ini.

Loke berharap syarikat penerbangan lain mencontohi langkah AirAsia khususnya semasa tempoh perayaan bagi membolehkan lebih ramai perantau pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, Loke berkata operasi pencarian akan dimulakan sekiranya terdapat bukti baharu yang dikemukakan kepada kerajaan.

“Kalau ada bukti baharu, sudah tentu usaha pencarian akan dimulakan segera,” katanya.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 itu hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di kawasan berkeluasan berjuta kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, namun pesawat MH370 atau bangkainya gagal ditemukan.

Mengenai langkah mitigasi ekoran perkhidmatan aerotrain di KLIA dihentikan sementara pada 2 Mac atas faktor keselamatan susulan insiden aerotrain terkandas sehari sebelum itu, Loke berkata perkhidmatan bas pengantara antara bangunan terminal utama dan bangunan satelit telah dipertingkatkan.

  • Coelho

    Related Posts

    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Kerajaan Sabah melalui syarikat milik penuhnya, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE), telah memeterai perjanjian induk dengan Petronas untuk mengambil alih 25% kepentingan ekuiti dalam projek…

    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    Hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Wan Salleh dilantik sebagai ketua hakim negara, menamatkan teka-teki berhubung kedudukan nombor satu dalam badan kehakiman. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan berkata,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    • July 18, 2025
    Kerajaan Sabah Meterai Perjanjian Milik 25% Ekuiti dalam Projek LNG US$3.1 bilion Petronas di Sipitang

    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    • July 18, 2025
    Wan Ahmad Farid dilantik ketua hakim negara

    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi

    • July 18, 2025
    MIMOS lantik Dr Saat Shukri sebagai Presiden & CEO baharu, perkukuh agenda pengkomersialan teknologi