Bursa Malaysia bercampur-campur di tengah-tengah kenaikan harga minyak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah serta kegiatan memburu saham berharga murah yang berterusan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.43 mata kepada 1,428.47 daripada 1,427.04 pada penutup Jumaat lalu.

Indeks utama dibuka 0.85 mata lebih tinggi pada 1,427.89.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 137 berbalas 119, manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,712 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, percaya keadaan pasaran akan kekal positif, disokong antaranya oleh kemunculan semula pembelian asing dan ekonomi tempatan yang bertambah baik.

“Justeru, kami berpendapat kegiatan memburu saham murah akan diteruskan dengan indeks berlegar antara 1,425 dan 1,440 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata minyak mentah Brent kekal tinggi melebihi AS$81 setong dan sehubungan itu mengunjurkan kegiatan pengumpulan membabitkan saham minyak dan gas akan berlanjutan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.69, CIMB meningkat dua sen untuk mencatatkan harga RM5.18, Public Bank menokok satu sen kepada RM4 manakala Petronas Chemicals susut 13 sen menjadi RM7.37 dan TNB lemah lima sen kepada RM9.18.

Bagi saham aktif, Salutica mengembang 7.5 sen kepada 63 sen dan Careplus meraih setengah sen kepada 36 sen manakala Techna-X, Jade Marvel dan Tanco turun setengah sen setiap satu kepada 1.5 sen, 31 sen dan 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 5.81 mata kepada 10,484.25, Indeks FBMT 100 memperoleh 9.68 mata kepada 10,170.72 dan Indeks FBM 70 meningkat 29.55 mata kepada 13,668.29.

Sementara itu, Indeks FBM ACE turun 4.72 mata kepada 5,321.96 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 2.53 mata kepada 10,820.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 36.71 mata kepada 15,737.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.66 mata menjadi 174.09 dan Indeks Perladangan memperoleh 28.18 mata kepada 6,759.85 manakala Indeks Tenaga berkurangan 0.45 mata kepada 863.06.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028