Lanjut had usia bersara daripada 60 kepada 65 tahun disifatkan tidak sesuai – MEF

  • News
  • April 10, 2023

PUTRAJAYA: Had usia bersara tidak perlu dilanjutkan kerana negara tidak mengalami kekurangan bakat atau sumber.

Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, menyifatkan lanjutan had usia bersara daripada 60 kepada 65 tahun tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana isu yang lebih mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.

“MEF berpandangan ketika ini bukan masa untuk lanjutkan usia bersara.. 60 tahun sudah memadai dalam kebanyakan pekerjaan walaupun ada yang benarkan (bekerja) hingga 65 tahun.

“Hari ini masih terdapat pengangguran dalam kalangan belia. Kita perlu memastikan belia kita bekerja. Yang penting keutamaan diberikan kepada mereka,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, MEF tidak melihat lanjutan had usia bersara itu sebagai isu sebaliknya terpulang kepada majikan untuk menentukan sama ada pekerjaan tertentu memerlukan pelanjutan.

“Ia boleh dilaksana dengan persetujuan kedua-dua pihak (pekerja dan majikan) selain keperluan laporan perubatan kesihatan.

“Jadi keperluan itu (pekerja lebih usia 60 tahun) biar ditentukan sendiri oleh pihak industri,” katanya.

Semalam, Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus, berkata pekerja wajar dibenarkan bekerja sehingga usia 60 atau 65 tahun mengikut kerelaan masing-masing.

Beliau berkata, pekerja sektor awam atau swasta seharusnya dibenarkan bekerja hingga berumur 65 tahun mengikut kerelaan masing-masing.

Katanya, keputusan menentukan sendiri persaraan pada usia 65 tahun akan membolehkan pekerja memperoleh gaji berpatutan, mempunyai keupayaan berbelanja lebih dan mewujudkan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • February 13, 2025
    • 15 views
    Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

    KUALA LUMPUR: Masih terdapat perkara yang perlu diselesaikan berhubung isu minyak dan gas Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), menurut Premier Sarawak Abang Johari Openg. “Lebih kurang muktamad, tetapi masih…

    • News
    • February 12, 2025
    • 33 views
    KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

    KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

    • February 13, 2025
    Sarawak muktamad pengambilalihan MASwings, kini rasmi sebagai AirBorneo

    Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

    • February 13, 2025
    Isu Petronas-Petros belum selesai sepenuhnya – kata Abang Jo

    Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

    • February 13, 2025
    Datasonic lantik Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif & CEO baharu

    MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

    • February 12, 2025
    MBG peroleh kontrak pembangunan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands

    KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

    • February 12, 2025
    KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

    Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi

    • February 11, 2025
    Perbincangan berkenaan projek kabel dasar laut Sarawak-Singapura dimuktamad tidak lama lagi