Bursa Malaysia dibuka rendah sejajar Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila kebimbangan terhadap sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) muncul kembali menjelang keputusan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat hari ini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.79 mata kepada 1,422.32 daripada 1,426.11 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 2.21 mata lebih rendah kepada 1,423.90.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 215 berbanding 109, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,655 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 269.03 juta unit bernilai RM83.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 367 mata, manakala Nasdaq ditutup 132 mata lebih rendah walaupun hasil berjangka 10 tahun Perbendaharaan AS berakhir rendah pada 3.43 peratus.

Beliau berkata, di peringkat tempatan, FBM KLCI meningkat kembali untuk ditutup di atas paras 1,425 semalam.

“Walau bagaimanapun, kami berpandangan aktiviti pembelian akan reda hari ini menjelang cuti umum esok (Khamis), justeru kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,420 hingga 1,430.

“Sementara itu, kami yakin saham minyak dan gas akan mengalami lebih banyak cabaran hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah ekoran jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah, ditambah dengan permintaan lemah dari China yang menyaksikan minyak mentah Brent merosot kepada kira-kira AS$75 setong, ” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Tenaga turun dua sen kepada RM8.95, Petronas Chemicals kurang empat sen kepada RM7.16 dan Petronas Gas susut 22 sen kepada RM17.00.

Bagi saham wajaran tinggi yang lain, Maybank, Public Bank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM8.68, RM3.92 dan RM4.40 manakala CIMB susut dua sen kepada RM5.07 dan IHH Healthcare menguncup tujuh sen kepada RM5.77.

Antara saham aktif, Hong Seng dan Vinvest masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 20.5 sen, Destini menambah satu sen kepada 8.5 sen, Pelikan turun satu sen kepada 76 sen dan Bahvest kurang tiga sen kepada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.17 mata kepada 10,428.83, Indeks FBMT 100 menguncup 25.55 mata kepada 10,115.61 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 33.29 mata kepada 10,764.51.

Indeks FBM ACE merosot 31.17 mata kepada 5,285.45 dan indeks FBM 70 kurang 28.33 mata kepada 13,528.97.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.95 mata kepada 171.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.34 mata kepada 15,596.38 dan Indeks Tenaga kurang 7.16 mata kepada 838.66.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 2.46 mata kepada 6,795.40.

  • Coelho

    Related Posts

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    MUNICH, 3 Jun — Syarikat tenaga solar yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara, Helios Solar AG, merancang untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) di Frankfurt Stock Exchange dengan jangkaan…

    Pelabur Global Kembali Optimis Terhadap Bursa Malaysia, Catat Belian Bersih RM95.2 Juta

    KUALA LUMPUR — Sentimen pelabur asing terhadap pasaran saham tempatan dilihat kembali pulih apabila mereka kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas tiga minggu berturut-turut merekodkan aliran…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    • June 8, 2026
    Zetrix AI perluas perkhidmatan e-Kerajaan di Filipina menerusi MYEG PH

    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    • June 3, 2026
    Datuk Kuok Meng Xiong Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan PPB Group Bhd

    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    • June 3, 2026
    Helios Solar Rancang IPO Bernilai EUR27 Juta di Bursa Frankfurt, Sasar Pengembangan Malaysia dan Eropah

    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    • June 3, 2026
    Helios Solar Plans EUR27 Million IPO on Frankfurt Stock Exchange

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    • May 29, 2026
    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta

    • May 29, 2026
    MN Holdings Raih Prestasi Kukuh, Keuntungan Suku Ketiga Cecah RM21.3 Juta